Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shaheizy Sam hanya makan sayur sekali sehari, jika lebih rasa ‘berdosa’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shaheizy Sam hanya makan sayur sekali sehari, jika lebih rasa ‘berdosa’

screen-shot-2017-11-30-at-1-20-22-pm

Pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam mengakui beliau hanya makan sayur sehari sekali untuk mendapatkan bentuk badan yang kurus demi menjayakan watak dalam filem terbarunya Pinjamkan Hatiku.

Dalam filem itu, Sam yang membawakan watak Naufal iaitu seorang pemuda yang menghidap peyakit barah. Demi membawa karektor pesakit barah dengan berkesan, Sam sanggup menjalani diet ‘gila’.

arpun dilihat berjaya di dalam layar, namun Sam masih tidak berpuas hati. Katanya jika diberi lebih masa, pasti hasilnya lebih memuaskan.

“Saya cuma hanya ada masa kurang dari dua bulan untuk kuruskan badan. Sam terpaksa bekerja dua kali ganda lagi berat. Tetapi Sam sedikit kecewa kerana masih tak dapat berat yang Sam inginkan”, jelasnya.

Sam menjadikan pelakon Hollywood, Christian Bale sebagai rujukan. Untuk mendapatkan berat badan sebegitu, Sam hanya menjamah sayur salad sekali sehari.

“Saya hanya mengambil salad sekali sehari. Jika saya makan lebih dari sekali, saya rasa berdosa. Jika saya rasa betul-betul lapar saya hanya akan makan buah epal dan air kosong”, terangnya.

Kata Sam lagi, beliau juga terpaksa berlari selama satu jam sehari sebelum tidur untuk membakar lemak.

“Memang penat tapi nak tak nak biar saya sakit sekarang daripada saya sakit tengok diri Sam tak berjaya dalam filem ini”, luahnya.

SURIA memang tabik dengan pengorbanan Sam demi menjayakan watak dengan sempurna. Teringat pula dengan aktor Bollywood Aamir Khan yang turut mempunyai disiplin yang sama demi menjayakan sesuatu watak.

Jadi kepada peminat Shaheizy Sam jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Pinjamkan Hatiku yang ditayangkan di pawagam bermula 30 November 2017.

 

Sumber: Suria



Sumber Shaheizy Sam hanya makan sayur sekali sehari, jika lebih rasa ‘berdosa’

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iHADqe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.