Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pencuri curi Ferrari terpaksa mengemis untuk isi minyak, dah beli minyak, penutup pula tak reti buka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pencuri curi Ferrari terpaksa mengemis untuk isi minyak, dah beli minyak, penutup pula tak reti buka

FERRARI 458 Spider berharga $300,000 (RM1.23 juta) yang dicuri dari sebuah pusat servis di Costa Mesa, California dua minggu lalu, ditemui polis selepas pencuri terbabit ‘mengemis’ meminta wang daripada orang ramai untuk mengisi minyak kereta berkenaan.

Israel Perez Rangel, 38, ditahan di Santa Ana selepas dia memandu kereta mewah itu ke sebuah stesen minyak dan meminta wang daripada orang ramai untuk membeli minyak, Khamis lalu.

Menurut Fox News, polis yang dihubungi datang ke stesen minyak terbabit kerana berasa pelik seseorang memandu kereta mewah, mengemis untuk membeli minyak.

Jurucakap Jabatan Polis Santa Ana, Anthony Bertagna, berkata apabila ternampak polis, lelaki itu melarikan diri namun dia berjaya ditahan dalam semak berdekatan sebuah hotel.

“Walaupun sudah membeli minyak, namun dia tidak tahu bagaimana untuk membuka penutup tangki bagi mengisi minyak,” katanya.

Ketika ditemui, kereta berkenaan rosak teruk dengan bampar retak, sistem gear rosak dan kesan muntah pada badan kereta.

Kereta itu dilapor dicuri selepas pemiliknya, Susan Friedman, mendapati ia tiada di pusat servis Ferrari & Maserati di Newport Beach, Costa Mesa.

Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki berjaket Ferrari memandu keluar kereta itu selepas menemui kunci ditinggalkan di atas kerusi. Pekerja pusat servis itu tidak menyedari kereta berkenaan hilang selama 24 jam.

Rangel mempunyai rekod jenayah, termasuk mencuri kenderaan, memilik dadah, melawan ketika ditahan, mencuri di kedai, memiliki senjata bahaya, menyerang dan memandu dengan cara bahaya.

Susan Friedman yang mendapat bayaran kerosakan kereta itu daripada syarikat insurans, kemudian Lamborghini Huracan model 2018.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Pencuri curi Ferrari terpaksa mengemis untuk isi minyak, dah beli minyak, penutup pula tak reti buka

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ntdb1F

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.