Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan ambil kesempatan - Elyana - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan ambil kesempatan - Elyana

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Elyana, terkejut apabila ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas keadaannya yang bertarung nyawa melawan kanser limfoma tahap empat.

Elyana menerusi perkongsian di Instagram miliknya berkata, ada yang mendakwa berkawan baik dengannya, malah ada yang mengatakan pernah belajar bersama-sama di universiti, sedangkan beliau tidak pernah menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi.

"Ramai yang mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka kawan baik saya dan sudah lama tahu mengenai kanser saya, serta menyimpan rahsia itu selama ini.

"Saya tidak pernah memberitahu mereka, apatah lagi bercakap mengenai hal ini kerana tidak terlalu rapat," katanya.

Menerusi entri berkenaan juga, penyanyi lagu Diriku Tapak Sulaiman itu mendedahkan beberapa orang yang dikatakan sebagai sahabat baiknya dan mereka yang mengetahui perihal kesihatannya daripada mulutnya sendiri.

ELYANA terkejut ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap isu beliau bertarung nyawa melawan kanser limfoma tahap empat.

Ahad lalu, Elyana yang tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) mengumumkan dirinya menghidap kanser limfoma tahap empat sejak lima tahun lalu.

Sejak hari itu, penyanyi Niat berkenaan tidak henti-henti menerima kata-kata semangat daripada peminat, termasuk rakan artis yang mendoakan dirinya sembuh daripada penyakit terbabit.

Sementara itu, tambah Elyana, tujuan beliau memuat naik entri berkenaan bukan kerana ingin mengata sesetengah pihak, namun sekadar membuat penjelasan.

"Bukannya apa, kerana mereka bukan orang yang benar-benar tahu mengenai saya, jadi takut tersalah beri maklumat. Itu saja.

"Yang cakap saya makan produk mereka jual pun banyak. Janganlah ambil kesempatan dan berbohong. Tak baik. Saya takut ramai yang tertipu saja.

"Tetapi saya OK saja. Saya terpaksa jelaskan perkara ini kerana ramai yang keliru dan bertanya pada saya. Terima kasih buat mereka yang mendoakan saya. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua," ujarnya lagi.



Sumber Jangan ambil kesempatan - Elyana

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kgrc1b

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.