Bot karam di Korea Selatan
SEOUL: Lapan terbunuh apabila sebuah bot nelayan Korea Selatan karam di pantai barat negara itu hari ini, selepas bertembung dengan kapal pengisi minyak.
"Bot itu membawa dua nelayan dan 20 penumpang ketika ia bertembung di perairan berhampiran Incheon di barat Seoul," kata seorang pengawal pantai dalam satu taklimat media.
Setakat ini, dua orang masih hilang dan operasi mencari serta menyelamat giat dilakukan membabitkan lima helikopter dan 19 kapal.
"Presiden Moon Jae-in sudah mengeluarkan arahan supaya semua langkah diambil untuk mencari mereka yang hilang," kata jurucakapnya kepada pemberita.
Dalam pada itu, mereka yang diselamatkan sudah dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.
Menurut pengawal pantai, punca nahas masih belum dapat disahkan. - Reuters
Sumber Bot karam di Korea Selatan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BCyOzv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment