Hi! Welcome Back and Stay Tune! ORANG TIONGHUA DAN MELAYU PERLU TERUSKAN KERJASAMA, KATA MCA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ORANG TIONGHUA DAN MELAYU PERLU TERUSKAN KERJASAMA, KATA MCA

KAUM Tionghua di negara ini disaran untuk meneruskan kerjasama dengan orang Melayu terutama yang melibatkan hal politik, bagi membentuk sebuah kerajaan yang baik.

Penasihat MCA Negeri Sembilan Wong See Wah berkata hubungan antara MCA dan parti Umno sendiri misalnya, telah terjalin sekian lama dan hasilnya sebuah kerajaan yang kukuh dapat dibentuk.

“Kita perlu sedar yang kaum Tionghua adalah minoriti di negara ini. Jadi adalah penting kita menggunakan kebijaksanaan supaya dapat bersama-sama memainkan peranan lebih efektif dalam pentadbiran kerajaan.  

“Kita akui dalam pilihan raya lalu MCA ada banyak kelemahan yang membawa kesan buruk kepada parti dan kali ini saya berharap ia dapat diperbaiki, terutamanya dalam mewujudkan perpaduan yang kukuh bersama Umno bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Kepimpinan PRU-14 MCA Negeri Sembilan di Seremban, hari ini.

Turut hadir Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Chong Sin Woon dan Pengerusi MCA Negeri Sembilan Seri King Lim Chin Fui.

Wong berkata kerjasama politik antara kaum Tionghua dan Melayu bukan sahaja terjalin antara MCA dan Umno, tetapi juga parti lain misalnya, DAP dengan PKR.

Beliau turut menasihatkan supaya masyarakat Tionghua tidak bersikap berat sebelah dan lebih terbuka, misalnya dalam perkara yang melibatkan politik.

Sementara itu, Pengerusi Bilik Gerakan MCA Negeri Hon Choon Kim berkata beliau yakin, parti itu kini lebih bersedia dan bersemangat untuk menghadapi PRU14.

“Satu jawatankuasa khas telah diwujudkan sejak tiga bulan lalu bagi kita mengatur pelbagai strategi terbaik sekali gus menebus kembali kekalahan pada pilihan raya lalu.

“Pada masa sama, saya nampak perpaduan antara anggota juga telah diwujudkan termasuk dengan bekas pemimpin parti, yang bersedia memberi pandangan dalam menguatkan jentera parti,” katanya.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zLeESj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.