Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akaun 3 Juta Janna Nick Digodam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akaun 3 Juta Janna Nick Digodam

PELAKON Janna Nick menjadi mangsa terbaharu pihak tidak bertanggungjawab apabila laman sosial Instagram peribadinya digodam sejak petang Khamis.

Janna, 22, memberitahu akaunnya itu tidak boleh diakses selain foto dimuat naik dan profil yang diikutinya hilang secara tiba-tiba.

“Akaun Instagram saya tidak dapat diakses pada petang semalam (Khamis) dan dipercayai digodam.

“Sedih apabila gambar-gambar yang ada hilang kerana di situ laman saya berkongsi banyak perkara dengan peminat.

“Sekarang ini, saya dalam usaha untuk mendapatkan semula akaun tersebut,” katanya .

Sehingga kini, akaun yang memiliki lebih tiga juta pengikut itu masih belum pulih.

Malah, hanya ada sekeping foto yang dimuat naik dengan kapsyen “aku yang dulu bukanlah yang sekarang”.

Rata-rata pengikut meninggalkan komen meminta penggodam memulangkan semula akaun tersebut kepada pelakon My Coffee Prince itu.

“Ya hack IG orang! Dahla Janna ramai followers. Kesian Janna, pulangkan balik akaun IG dia!!,” tulis @hansrahyun_terrel.

“Tolong pulangkan semula IG Janna ini, kasihan dekat dia,” kata @Shumi1990.

Sementara itu, Janna memaklumkan muzik video lagu terbaharunya berjudul Akan Bercinta bakal dilancarkan di laman YouTube malam ini.

Lagu ciptaan sepenuhnya Aepul Roza itu boleh ditonton menerusi saluran YouTube Janna Nick.

“Lagu dan muzik video akan dilancarkan pada pukul 9 malam ini di Youtube.

“Banyak sangat yang istimewa tentang Akan Bercinta ini, kena tonton dan lihat sendiri keunikan lagu dan keindahan muzik video tersebut.

“Memandangkan Instagram saya sudah digodam, nampaknya saya tak boleh nak kongsi bersama pengikut di laman tersebut,” ujarnya.

The post Akaun 3 Juta Janna Nick Digodam appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ADp62d

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.