Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli Parlimen dakwa Utusan jual tablet 114% lebih mahal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli Parlimen dakwa Utusan jual tablet 114% lebih mahal

 | December 3, 2017
Perbandingan kos yang dinyatakan timbalan menteri dengan harga di laman web membeli belah dalam talian menunjukkan perbezaan harga sebanyak RM444, kata Steven Sim.
steven-sim
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong mendakwa Utusan Melayu menjual komputer tablet kepada kerajaan dengan harga 114% lebih mahal daripada harga pasaran.

Beliau membuat dakwaan itu selepas membandingkan kos yang dinyatakan Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan di Parlimen 30 November lalu dengan harga di laman web membeli belah dalam talian, menunjukkan perbezaan harga sebanyak RM444.

Steven pada 30 November lalu mendedahkan Utusan Melayu mendapat kontrak kerajaan persekutuan untuk menjadi pembekal komputer tablet kepada 430,000 guru di seluruh negara. Menurut Steven, kos projek tersebut dijangka mencecah RM340 juta.

“Mengikut jawapan Parlimen daripada timbalan menteri pendidikan, sebanyak 182,712 unit komputer tablet telah diedarkan dengan kos sebanyak RM152 juta. Dalam kata lain, setiap unit tablet dibekal oleh Utusan kepada kerajaan dengan harga RM832.

“Daripada laman web membeli belah popular, Lazada.com.my, Lenovo Tab3 7 Essential ini boleh dibeli dengan harga RM388. Ini bermakna, kerajaan pusat telah membeli setiap tablet daripada Utusan dengan harga 114% lebih mahal daripada harga pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan harga RM388 itu harga pembelian runcit dalam talian, dan percaya harga yang lebih baik boleh diperoleh jika pembelian 430,000 unit dibuat secara borong dan proses tender terbuka dilaksanakan.

“Setiap tahun Jabatan Audit Negara mengetengahkan isu kerajaan membeli barang dengan harga yang terlampau tinggi berbanding harga pasaran.
“Kini perkara ini berulang untuk sebuah projek yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak sendiri semasa membentangkan Bajet 2017 pada tahun lepas,” katanya.

Steven menggesa kerajaan persekutuan menghentikan perkhidmatan Utusan Melayu sebagai pembekal tablet bantuan mengajar, dan melantik syarikat baharu daripada kalangan syarikat berpengalaman serta melalui proses tender terbuka.
Sebelum ini, wakil rakyat DAP itu berkata pemberian kontrak membekalkan tablet itu merupakan “talian hayat” kerajaan kepada akhbar itu. Beliau turut mempersoalkan ketiadaan tender terbuka untuk projek itu.

“Bagaimana sebuah syarikat surat khabar yang mengalami kerugian tiap-tiap tahun boleh diberi kontrak RM340 juta membekalkan komputer tablet?” soalnya.
Steven mendakwa syarikat akhbar itu mencatatkan kerugian sejak 4 tahun lalu, dengan jumlah kerugian mencecah hampir RM220 juta sejak 2013.

Beliau turut memetik laporan Biro Audit Pengedaran pada Mei lepas yang mendapati kejatuhan pengedaran Utusan Malaysia sebanyak 14% ataupun lebih 20,000 naskah, manakala edisi Ahad, Mingguan Malaysia pula merosot sebanyak 10% ataupun lebih 30,000 naskah.

Pada 30 November lalu, Utusan Melayu dan Kumpulan Utusan mengumumkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM31.5 juta bagi suku ke-3 tahun ini berbanding kerugian RM10.7 juta dalam suku sebelumnya.

Kumpulan Utusan dilaporkan berkata, ia disebabkan peningkatan perolehan sebanyak 74% yang disumbang terutamanya oleh keuntungan daripada penjualan hartanah, serta peningkatan perolehan dalam talian yang dijana daripada projek pembekalan tablet kepada guru Kementerian Pendidikan



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jHxSS7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.