Hi! Welcome Back and Stay Tune! AZMIN MULA MENGARUT KERANA PANIK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AZMIN MULA MENGARUT KERANA PANIK

1. Panik dengan tangkapan terhadap anak saudaranya, Azmin seperti biasa akan cuba mengalihkan isu dan melalui siber trooper serta pemain media berbayarnya dia cuba mengalihkan isu dengan kenyataan mengelirukan. Bermula dengan kenyataan rasmi pejabat Menteri Besar Selangor yang menyatakan semuanya kerana konspirasi jahat ke atas diri Azmin Ali buktinya tangkapan ke atas anak saudaranya dihebahkan termasuk di media sosial dan blog.

2. Kenyataan rasmi itu dipetik menyatakan

Namun, pembocoran maklumat secara meluas sebelum mana-mana pihak ditahan seperti ini jelas menggambarkan wujudnya konspirasi jahat bagi memburukkan reputasi Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dan kerajaan negeri menjelang pilihan raya umum ke-14.

Ternyata ia kenyataan dangkal dan memperlihatkan bukan sahaja paniknya Azmin Ali namun betapa bodohnya jentera Azmin Ali berdepan tangkapan tersebut.

3. Ia tidak terhenti disitu selepas SPRM berjaya mendapatkan reman selama 7 hari ke atasanak saudara Azmin, dia makin panik. Azmin sendiri mengeluarkan kenyataan dengan tiba – tiba menyatakan dia tidak pernah memberikan tender perlombongan pasir kepada anak saudaranya itu. Malah kononya dia menyatakan semua tanah kerajaan, proses pemberian kebenaran melombong pasir tertakluk kepada SEMESTA sebuah agensi yang mengawal selia perlombongan pasir yang ditubuhkan oleh bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kemudian kenyataan Azmin Ali ini dimainkan oleh semua siber trooper dan pemain media upahan dibawahnya bagi menggambarkan betapa Azmin bersih.

4. Ini semua taktik lapok Azmin semata – mata. Tuduhan sehingga anak saudaranya ditahan dan direman tidak ada kena mengena dengan jawapannya. Ini bukan soal kelulusan yang diberikan , ini soal perlombongan haram di mana nama Azmin Ali digunakan.

Anak saudara Azmin yang sangat rapat denganya, bersama dalam banyak acara termasuk acara rasmi dan mesyuarat penting telah menggunakan nama Azmin Ali untuk mempengaruhi beberapa kakitangan kerajaan untuk turut menerima rasuah bagi ‘tutup mata’ perlombongan lombong pasir batu di Hulu Langat. Dengan rapatnya anak saudara ini terlibat dengan Azmin mustahil pegawai kerajaan terbabit tidak terpengaruh. Malah juga berdasarkan kekayaan mendadak anak saudaranya mustahil Azmin yang rapat denganya tidak mengetahui kegiatan haram itu.

Menurut sumber kes lombong pasir batu tersebut cuma sebahagian kecil dari kegiatan haram anak saudaranya.

5. Kenyataan menggunakan dalil tangkapan atau sumber dalaman SPRM terdedah kepada umum sebagai bukti konon konspirasi terhadap Azmin sangat dangkal dan bodoh. Ingat tidak berapa lama sebelum anak saudara Azmin ditahan SPRM telah tersebar dokumen siasatan SPRM berkenaan kes melibatkan Exco negeri Johor. Dokumen yang tersebar merupakan rakaman percakapan (bertulis) Amir Shariffuddin Bin Abd Raub yang ditangkap dan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apa yang menarik perhatian dalam muka surat 53 hingga 54 kertas siasatan setebal hampir 150 muka surat itu, Amir mengaku banyak kali menyerahkan beg-beg berisi wang tunai berjumlah RM1 juta dan RM700,000 kepada Menteri Besar Johor.
Dalam kertas itu, Amir mendakwa, dia sendiri telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM1 juta dan RM700,000 kepada MB Johor yang diisi dalam sebuah begpack di Pejabat Perhubungan Umno Negeri Johor pada tarikh-tarikh berikut:
  • 16 April 2014 — RM1 juta
  • 1 Oktober 2014 — RM1 juta
  • 20 Oktober 2014 — RM1 juta
  • 2 Disember 2014 — RM1 juta
  • 17 Jun 2015 — RM700,000
Amir turut mengakui ada menyerahkan wang dalam bentuk cek kepada Menteri Besar Johor dan mengesahkan bawa segala sumbangan yang diberikan itu adalah kerana Datuk MB telah membantu dalam memudahkan kelulusan permohonan penukaran status bumi kepada non-bumi dan pengurangan caj penalti 7.5 peratus bagi projek-projek dipohon oleh Scientex Sdn Bhd

 

Bukan itu sahaja dalam dokumen siasatan SPRM yang tersebar tersebut yang didedahkan turut menyebut nama Tunku Mahkota Johor dalam penipuan pemilikan. Adakah ini nak dikatakan konspirasi SPRM dalam menyerang atau menjatuhkan Kerajaan Bn Johor malah turut wujud konspirasi terhadap istana Johor ?

Ketika dokumen ini tersebar ramai pembangkang termasuk Azmin dan kartelnya sendiri begitu ghairah menyebah dedahkan dokumen ini serta membangkitkan perbagai persoalan tetapi bila kena pada anak saudaranya maka persoalan konspirasi mula ditimbulkan. Ia sangat menyerlahkan kemunafikan tahap maksima.

Saya mengajak semua merujuk balik kenyataan saya bertarikh 30 November 2017 (klik http://ift.tt/2iFKrRE http://ift.tt/2AG5ZnT han-sprm-dengan-jutaan.html) di mana Azmin Ali harus bertanggungjawab terhadap korupsi libat anak saudaranya. Mustahil dia tidak mengetahui malah tidak keterlaluan menyatakan dia terlibat. Dalam kenyataan lepas saya telah buktikan betapa akrab Azmin dan anak saudaranya termasuk dibenarkan hadir dalam mesyuarat penting.

tulisan oleh ;
che’GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

– MAIL BAG

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iGQLbl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.