Budak 11 tahun bunuh diri kerana tak puas hati dengan wajah dan badannya
Dublin: Seorang budak perempuan berusia 11 tahun bertindak membunuh diri selepas tidak berpuas hati dengan wajah dan bentuk badannya.
Milly Tuomey ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada 4 Januari lalu ketika di rawat di sebuah hospital di sini.
Bagaimanapun, satu inkuest yang dijalankan terhadap kematian Milly mendapati gadis itu pernah berhasrat membunuh diri kerana tidak gembira dengan bentuk badannya.
Milly juga beberapa kali memuat naik kenyataan di laman Instagram bahawa dia malu dengan penampilannya dan tidak mahu hidup lagi.
Ibu bapa Milly, Fiona dan Tim yang terkejut dengan sikap anaknya itu segera membawa gadis itu berjumpa doktor tetapi keadaannya tidak berubah.
Milly juga menulis satu diari yang mengandungi senarai ubat yang dipercayai mahu digunakan gadis itu untuk membunuh diri.
Pakar psikiatri, Dr Antoinette D’Alton memberitahu mahkamah, kanak-kanak di Ireland semuda tujuh tahun pernah melahirkan hasrat membunuh diri.
“Beberapa tahun lalu, perkara seperti ini tidak pernah dibayangkan.
“Kini, jumlah kanak-kanak termasuk semuda tujuh tahun yang pernah menyatakan hasrat untuk membunuh diri semakin meningkat,” jelasnya. – Agensi
Sumber: Metro
Sumber Budak 11 tahun bunuh diri kerana tak puas hati dengan wajah dan badannya
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Am1Yod
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment