Hi! Welcome Back and Stay Tune! Unsur magik beri kelainan SESI latihan teater ini. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Unsur magik beri kelainan SESI latihan teater ini.

Keupayaan pelajar jurusan Teater, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) Universiti Teknologi MARA(UiTM) Puncak Perdana perlu dinilai bagi melihat sejauh mana mereka memahami dan menerima modul pembelajaran dengan mementaskan naskhah teater yang diberikan.

Oleh itu, fakulti ini memilih mementaskan Teater kanak-kanak Dunia Magik arahan Aminah Rhapor di Ruang Eksperimental FiTA (REF), UiTM Puncak Perdana, jam tiga petang esok.

Teater ini membabitkan penyertaan 18 pelakon serta tiga pensyarah iaitu Aminah Rhapor selaku penasihat projek, Raja Nor Aminah Raja Ayob sebagai Pengarah Projek dan Hafiz Askiak sebagai pengarah muzik.

Pengurusan Produksi berada di bawah kelolaan Raja Nor Aminah, manakala persembahan Teater Kanak-Kanak di bawah kelolaan Aminah Rhapor.

Aminah yang juga Pensyarah dan Ketua Pusat Pengajian (Pengurusan Industri Kreatif) FiTA berkata, pementasan ini dibuat bertujuan memberi peluang kepada pelajar menghubungkaitkan teori dan konsep yang dipelajari dalam subjek Pengurusan Produksi dalam bentuk kerja praktikal.

“Mereka berpeluang menimba pengalaman baru dalam mengadakan sebuah acara teater yang bakal bekerjasama dengan pelbagai pihak lantas memberikan peluang untuk berinteraksi dengan dunia industri teater yang sebenar.

“Ia juga dapat meningkatkan daya usaha untuk berkerja sambil menjalankan kerja praktikal bagi pelajar Pengurusan Produksi dan Teater Kanak-Kanak yang bertajuk Teater Kanak-Kanak Dunia Magik,” katanya.

SESI latihan teater ini.
Menurutnya, visi pementasan ini ialah mencerna pembelajaran teori dan konsep di dalam kuliah bersama suasana dunia teater di dalam industri teater itu sendiri.

Keseluruhannya, teater ini membabitkan 47 orang merangkumi 26 ahli jawatankuasa tetapi penilaian hanya dibuat terhadap 26 pelajar yang terbabit dalam pengurusan produksi dan persembahan teater.

Teater kanak-kanak hasil karya Aminah Rhapor ini berkonsep seperti rancangan televisyen kanak-kanak Dora The Explorer dan berbentuk interaktif.

Bagaimanapun, terdapat banyak kelainan yang ingin ditonjolkan dalam teater ini. Kewujudan unsur magik yang terdapat dalam teater ini memberikan kelainan daripada teater kanak-kanak yang pernah ada di Malaysia.

Ahli silap mata akan ditampilkan khas dalam pementasan teater ini untuk memberikan tarikan kepada kanak-kanak yang datang untuk menonton teater ini.

Pelbagai moral positif dan nilai yang baik ingin ditonjolkan untuk kanak-kanak dan sesuai ditonton sempena musim cuti sekolah ini.

Tiket untuk menonton berharga RM5, manakala kemasukan untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah adalah percuma.



Sumber Unsur magik beri kelainan SESI latihan teater ini.

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AkEyjb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.