Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenduri dalam air - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenduri dalam air

PASIR MAS: Sambutan majlis perkahwinan di Kampung Jejawi, di sini, meriah walaupun terpaksa kenduri dalam air sedalam kira-kira 0.3 meter, berikutan banjir sejak minggu lalu.

Tetamu yang datang ke kenduri berkenaan diangkut menaiki sampan sejauh kira-kira 100 meter untuk ke tempat kenduri.

Kira-kira 50 ahli rombongan daripada keluarga pengantin lelaki dibawa menaiki lori bomba melalui jalan alternatif sejauh 22 kilometer, sebelum menaiki sampan penduduk kampung kerana air yang naik sehingga satu meter.

Pengantin lelaki, Anuar Abdul Hamid, 37, berkata dia dan keluarga terpaksa meminta bantuan bomba bagi membawa saudara mara yang mengikuti rombongan majlis perkahwinannya kerana jalan ke rumahnya sendiri di Bukit Tandak, di sini turut dinaiki air.

"Saya bersyukur walaupun terpaksa menempuhi pelbagai cabaran untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangan, Yumni Abdul Manaf, 27, akhirnya semua selesai dan selamat.

ANUAR Abdul Hamid bersama pasangannya, Yumni Abdul Manaf pada majlis perkahwinannya di Kampung Jejawi, Pasir Mas. - Foto Fathil Asri

"Perkahwinan saya ini akan menjadi sejarah kerana keunikan kenduri ketika banjir, selain tetamu terpaksa menjamu selera dengan merendam kaki di dalam air hampir 0.5 meter.

"Walaupun banjir mula melanda sejak Ahad lalu, saya dan pasangan tidak berhasrat untuk membatalkannya kerana percaya majlis boleh diteruskan, lebih-lebih lagi paras air sudah mulai surut," katanya yang baru tiga bulan berkenalan dengan isteri.

Anuar berkata, dia merancang untuk berkahwin pada Disember, namun tidak menyangka banjir yang melanda tahun ini lebih lama.

"Walaupun majlis kami terpaksa diadakan di dalam banjir, semua yang hadir tetap gembira selain meluahkan rasa teruja kerana kebanyakan mereka tiada pengalaman menghadiri kenduri dalam banjir.

"Saya turut berasa terharu kerana tetamu sanggup datang meredah banjir meraikan perkahwinan kami meskipun ada yang pakaian mereka basah dan sanggup berkaki ayam untuk sampai ke majlis ini," katanya yang mengucapkan terima kasih kepada bomba dan penduduk yang menyediakan pengangkutan.

TETAMU menikmati selera dengan merendam kaki di dalam air hampir 0.5 meter. - Foto Fathil ASri



Sumber Kenduri dalam air

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AEUTzx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.