Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aeril Zafrel Minta Maaf Jika Agama Anaknya Terpesong Disebabkan Bergambar Dengan Pokok Krismas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aeril Zafrel Minta Maaf Jika Agama Anaknya Terpesong Disebabkan Bergambar Dengan Pokok Krismas


PELAKON Aeril Zafrel memohon maaf kepada pihak yang menganggap dia dan keluarga terpesong dari landasan agama disebabkan anaknya bergambar dengan pokok Krismas.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 29, berkata dia tidak mempunyai pokok untuk hari Natal itu dan hanya menjumpai di hotel tempat penginapannya sekeluarga.

"Saya minta maaf ya. Kalau disebabkan gambar anak saya bergambar dengan pokok krismas ini boleh terpesong dari agama.

"Untuk pengetahuan pokok Krismas itu bukan kat rumah saya. Pokok itu kami jumpa kat hotel tempat kami duduk," kata Aeril menerusi kapsyen di Instagramnya.


Aeril memuat naik foto anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 2, dengan pokok krismas di laman Instagramnya mendapat perhatian.


Aeril menjelaskan bahawa pokok krismas itu bukan berada di rumahnya.

Ada beberapa netizen menganggap pelakon drama bersiri Mandatori ini sudah terpesong kerana menyambut hari perayaan tersebut.

Bagaimanapun, ramai peminat Aeril yang memberi pendapat tidak salah untuk bergambar dengan pokok tersebut.

Malah, mereka menyelar semula netizen yang suka meninggalkan komen-komen negatif dan menjatuhkan hukum dengan mudah.

"Tak kan bergambar pun tak boleh? Saya ni kalau jumpa pokok Krismas besar saya pun bergambar ukan nak niat meraikan atau apa.

"Rasa tak ada pula terpesong akidah saya. Tapi org sekarang suka menghukum orang dengan alasan yang tak masuk akal," kata pemilik akaun @sitinurulain269.

Manakala akaun bernama @aja_jo92 berkata, "Keluarga saya pakai purdah ambil gambar kat pokok itu tak ada masalah la.

"Apa la korang ini. Budak-budak biasalah suka benda yang cantik lampu. Jangan suka menjatuhkan hukum. Kita ini siapa."

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 4, dan Hayla.

Sumber: Mstar Online


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Bo6mUw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.