Hi! Welcome Back and Stay Tune! MAKLUMAT SULIT BOCOR, KETUA THE MALAYSIAN INSIGHT BUAT LAPORAN POLIS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MAKLUMAT SULIT BOCOR, KETUA THE MALAYSIAN INSIGHT BUAT LAPORAN POLIS

KETUA Pegawai Eksekutif dan Pengarang The Malaysian Insight (TMI), Jahabar Sadiq hari ini membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat sulit dalam kenyataannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang merupakan sebahagian daripada siasatan terhadap portal berita itu.

Dalam laporan polisnya, Jahabar berkata beliau mengetahui mengenai kebocoran maklumat dalam artikel yang diterbitkan oleh laman sesawang Malaysian Gazette yang memetik Azwanddin Hamzah daripada Jaringan Melayu Malaysia yang mendakwa, di antara beberapa perkara, syarikat induk TMI, Inside Media Sdn Bhd menerima dana asing.

“Azwanddin Hamzah dari satu pertubuhan bernama Jaringan Melayu Malaysia yang membocorkan dan memutarbelitkan beberapa fakta keterangan saya kepada SKMM.

“Saya khuatir bahawa butir-butir peribadi saya dalam dokumen keterangan saya yang dikatakan sulit telah dibocorkan kepada Azwanddin dan orang ramai dalam artikel.

“Saya harap pilhak polis boleh menyiasat bagaimana kebocoran dokumen sulit ini berlaku dan mengambil tindakan yang sesuai kerana perkara ini telah menghakis keyakinan saya kepada SKMM,” kata Jahabar.

Laporan itu dibuat di balai polis Sri Hartamas pagi ini oleh Jahabar yang disertai seorang peguam.

Artikel yang diterbitkan Malaysian Gazette semalam, datang dua hari selepas Jahabar ke ibu pejabat SKMM di Cyberjaya untuk memberikan kenyataannya.

SKMM pada masa ini sedang menyiasat sama ada portal berita yang beroperasi sejak sembilan lalu, melanggar mana-mana undang-undang dalam laporannya itu yang didakwa menghina Perdana Menteri Najib Razak.

SKMM turut menyoal Jahabar mengenai laporan editorial yang kritikal terhadap Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara Malaysia.

Terdapat pihak lain turut mendakwa kebocoran kenyataan yang dibuat kepada agensi penyiasat.

Dua minggu lalu, seorang perunding hartanah di Johor membuat laporan polis selepas mendakwa kenyataannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah, telah dibocorkan.

Amir Shariffuddin Abd Raub mahu SPRM, bekas exco Johor Abd Latif Bandi dan peguamnya disiasat berhubung kenyataan yang bocor mengenai wang yang diberikan kepada menteri besar Johor.

Amir adalah salah seorang suspek dalam skandal harta Johor. Beliau membuat laporan polis kerana kenyataan yang bocor, yang kemudiannya tular, berbeza dengan kenyataan yang diberikannya kepada agensi anti-rasuah.

Dokumen 140 muka surat itu dimuat naik dalam sebuah blog, turut mengeluarkan jadual transaksi mendakwa wang diberikan kepada Menteri Besar Johor Khaled Nordin.

SPRM berkata ia akan membuat laporan polis berhubung kenyataan yang bocor dalam kes itu, yang kini sedang berlangsung di mahkamah.

Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Isnin, Wong Shu Qi (DAP-Senai) menyoal sama ada benar atau tidak Khaled ada menerima wang RM12 juta untuk mengubah status lot perumahan Bumiputera kepada status bukan Bumiputera.

Beliau berkata ini berdasarkan kenyataan saksi dalam siasatan SPRM terhadap Latif, bekas exco negeri bagi perumahan dan kerajaan tempatan, dan Amir.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AJNBM3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.