Hi! Welcome Back and Stay Tune! Baitulmuqaddis Hak Palestin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Baitulmuqaddis Hak Palestin



Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menggesa dunia agar mengiktiraf Baitulmuqaddis Timur yang dijajah Israel sebagai ‘ibu negara Palestin’, manakala pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas memberi amaran keamanan tidak akan wujud di Asia Barat selagi langkah seumpamanya tidak diambil. 

Erdogan merasmikan sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul semalam, bertujuan untuk menggembleng sokongan pemimpin-pemimpin Islam ke arah tindak balas bersama bagi menentang langkah Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Mahmoud memberi amaran bahawa AS kehilangan pe­ranannya sebagai orang tengah dalam proses damai Israel-Palestin susulan pengiktirafan oleh Presiden Donald Trump itu. Erdogan pula menganggap Israel sebagai negara ‘penjajah’ dan ‘pengganas’.

“Keputusan ini memberikan ganjaran kepada Israel atas semua aktiviti keganasan yang dilakukannya. Lebih teruk lagi, pengiktirafan ini diberikan oleh Trump sendiri.

“Saya menjemput semua negara yang menghargai undang-undang dan keadilan antarabangsa supaya mengiktiraf Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin,” kata Erdogan sambil menambah, negara-negara Islam tidak akan berputus asa untuk merealisasikan tuntutan itu.

Mahmoud pula mengutuk pengiktirafan kontroversi Trump itu sebagai hadiah kepada ‘pergerakan Zionis’ dan menegaskan bahawa Washington tidak lagi mempunyai sebarang peranan dalam proses damai di Asia Barat.

“Kami tidak menerima sebarang peranan AS dalam proses politik bermula dari hari ini kerana Washington bersikap berat sebelah dan memihak kepada Israel,” katanya.

Di Arab Saudi, Raja Salman senada dengan Erdogan bahawa penduduk Palestin berhak ke atas Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota mereka. “Arab Saudi menggesa hak penduduk Palestin termasuk hak mereka untuk menubuhkan negara sendiri yang merdeka dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota dikembalikan,” kata baginda.

Erdogan yang mana negaranya menjadi pengerusi OIC mengikut giliran, berharap dapat menyatupadukan pemimpin-pemimpin Islam yang sering bertelagah supaya dapat mengeluarkan satu konsensus yang tegas bagi membantah langkah Trump itu.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j39kD6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.