Dakwa Dianiaya, Wanita Potong Kemaluan Bekas Kekasih
SEORANG wanita didakwa memotong kemaluan bekas teman lelakinya. Suspek turut didakwa memberikan dadah kepada mangsa sehingga tidak sedar sebelum kemaluannya dipotong.
Ketika kejadian, pasangan itu sebelum tinggal bersama di sebuah kabin di bandar Puerto Plata di Republik Dominican.
Menurut laporan polis, Samuel Ventura Garcia, 44, dan teman wanitanya, Johanny Diaz, 28, bertengkar dan memutuskan hubungan mereka. Diaz kemudiannya bertindak meletakkan dadah dalam minuman Garcia sehingga dia tidak sedarkan diri.
Suspek melarikan diri selepas memotong kemaluan Garcia. Dia bagaimanapun berjaya ditahan polis Republik Dominican.
Menurut laporan daripada pihak polis, Garcia dibawa ke hospital berdekatan bagi menjalani rawatan.
Garcia perlu menjalani pemulihan sekurang-kurangnya selama dua bulan, selepas pembedahan empat jam.
Menurut laporan, Diaz tidak menyesal melakukan serangan itu, kerana dakwanya dia menjadi mangsa penganiayaan Garcia yang memaksa bersamanya.
Sumber: Mstar Online
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AjauBt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment