Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Aku bakar rumah kau!” – Lelaki Selamba Buat Facebook Live Bakar Rumah Rakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Aku bakar rumah kau!” – Lelaki Selamba Buat Facebook Live Bakar Rumah Rakan


Orang sekarang sering menggunakan media sosial sebagai tempat untuk melepaskan kemarahan tanpa memikirkan kesan yang bakal berlaku. Menurut Coconuts, baru-baru ini seorang lelaki telah membuat Facebook Live, merakamkan tindakannya yang sedang membakar rumah rakan.


Dalam video yang telah dimuat naik pada hari Sabtu yang lalu, Arthit Jakkhum, dari Thailand telah menyalakan api, membakar sekeping kertas dan meletakkannya pada rumah kayu kediaman rakannya itu.

Aku bakar rumah kau! Kau tak bayar duit aku balik!”


Difahamkan, Arthit bertindak berani mati sehingga sanggup membakar rumah itu kerana rakannya gagal melangsaikan hutang. Oi, macam tu sekali!


Hat Po-ngern, pemilik rumah berkenaan memberitahu bahawa anaknya telah meminjam wang sebanyak THB10,000 tunai, kira-kira RM1,260 daripada Arthitdan telah berjanji untuk membayar hutang dengan menoreh getah untuknya.

Walau bagaimanapun, Hat tidak pasti sekiranya anak lelakinya telah membayar semula hutang tersebut kepada Arthit. Difahamkan hanya sebahagian dinding rumah tersebut sahaja yang terbakar dan tiada sesiapa yang tercedera.

Polis di bahagian timur laut Buriram telah pun mengeluarkan waran tangkap ke atasnya selepas Hat membuat laporan polis. Namun, kelmarin, Arthit telah menaikkan entri baru di Faceboknya untuk menyampaikan kekesalan di atas tindakannya yang melulu.


Menurut akaun Facebook miliknya, dia mengatakan bahawa ketika kejadian, dia berada dalam keadaan mabuk. Patutlah! Bukan itu sahaja, Arthit juga meminta maaf kerana pada awalnya dia merancang untuk membakar sedikit bahagian rumah kawannya atas dasar gurauan dan mendakwa sayangkan kawannya dan tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku kepadanya.

Saya sedang mabuk ketika itu dan saya sayangkan rakan saya. Saya minta maaf sebab menunjukkan contoh yang tidak baik.”

Tambahnya lagi, dia bertindak sedemikian kerana ingin menyampaikan mesej bahawa dia dalam keadaan terdesak dan memerlukan wang itu dalam kadar yang segera.

Polis Kolonel Sampat Srichanthuek mengatakan bahawa pihak polis masih sedang menjalankan siasatan dengan mengumpul bukti serta menemu bual saksi kejadian. Jika disabitkan kesalahan, Arthit akan berdepan dengan hukuman penalti lima hingga 20 tahun di penjara.

Kalau ye pun nak duit balik, cuba bawak bincang elok-elok. Yang hutang tu pun, bayarlah sikit-sikit dulu kalau tak mampu. Tak pasal-pasal je.

Sumber: Lobakmerah.com


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AnqMth

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.