Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gara-Gara Putuskan Hubungan,Teman Wanita Potong Kemaluan Teman Lelaki Selepas Tidak Sedarkan Diri Diberikan Dadah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gara-Gara Putuskan Hubungan,Teman Wanita Potong Kemaluan Teman Lelaki Selepas Tidak Sedarkan Diri Diberikan Dadah..


GARA-GARA marahkan kekasihnya yang memutuskan hubungan mereka, seorang wanita bertindak memotong kemaluan bekas teman lelakinya dalam kejadian di Puerto Plata, Republik Dominican. 

Wanita berkenaan dikatakan memberikan dadah kepada mangsa sehingga tidak sedarkan diri sebelum bertindak memotong kemaluannya, lapor Mirror.co.uk.


Pasangan berkenaan, Samuel Ventura Garcia, 44, dan teman wanitanya, Johanny Diaz, 28, sebelum itu dilaporkan bertengkar di kediaman mereka dan memutuskan hubungan.

Berang dengan tindakan itu, Diaz meletakkan dadah dalam minuman Garcia dan memotong kemaluannya.


Suspek melarikan diri selepas kejadian namun berjaya ditahan pihak berkuasa tidak lama kemudian.

Sementara itu doktor yang merawat Garcia memaklumkan keadaannya stabil selepas menjalani pembedahan selama empat jam untuk menyambung semula kemaluannya.


Doktor menjangkakan keadaan kesihatannya akan kembali pulih seperti biasa dalam tempoh sekurang-kurangnya dua bulan.

Menurut laporan, Diaz tidak menyesal dengan tindakannya itu kerana mendakwa dia menjadi mangsa cinta paksaan Garcia.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AugZSk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.