Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Geng Kangkang Datang Mengganas Di Terengganu'. Pura-Pura Datang Sebagai Pembeli, Curi Ubat Farmasi Sembunyikan Dalam Kain Skirt.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Geng Kangkang Datang Mengganas Di Terengganu'. Pura-Pura Datang Sebagai Pembeli, Curi Ubat Farmasi Sembunyikan Dalam Kain Skirt..


DUNGUN- Tiga wanita dipercayai Geng Kangkang yang didakwa pernah mencuri di beberapa negeri dikesan mengambil tiga pek makanan tambahan bernilai RM400 di farmasi di Simpang Balai Polis Dungun, kelmarin lapor Harian Metro.

Mereka didakwa ke farmasi berkenaan dengan kereta dipandu seorang lelaki kira-kira 4.30 petang.

Dua daripada mereka kemudiannya berpura-pura bertanyakan jenis ubat kepada dua pekerja farmasi terbabit manakala seorang lagi ke bahagian rak jualan.


Kehadiran mereka itu kemudiannya menimbulkan curiga kepada pengurus farmasi terbabit yang berada di dalam pejabatnya sebelum keluar dan bertindak mengekori seorang daripadanya yang sedang berpura-pura mencari ubat di kawasan rak jualan.

Related image

Pengurus farmasi itu, Noor Amiza Ismail, 32, mendakwa dia mengesyaki kumpulan wanita berkenaan yang berusia lingkungan 40-an itu adalah Geng Kangkang seperti yang pernah ditularkan di media sosial oleh rakan farmasi lain.

Menurutnya, mungkin sudah menyedari kegiatannya berjaya dikesan, mereka segera membuat bayaran ubat bernilai RM10 sebelum bergegas keluar.


Katanya, dia segera membuat pemeriksaan di rak jualan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sejurus kumpulan wanita itu beredar sebelum mendapati tiga pek makanan tambahan di premisnya itu bernilai RM400 sudah hilang.

"Hasil penelitian terhadap CCTV mendapati wanita berkenaan memasukkan pek barang terbabit di dalam skirt labuh dipakainya.

"Saya sebenarnya sudah sedia maklum berkaitan dengan kegiatan kumpulan terbabit yang didakwa giat mencuri sejak 2012.

"Dipercayai mereka ini adalah geng yang sama dan pernah dilaporkan mencuri di Perak pada Jun, Johor (Oktober) dan November lalu di Kedah.


"Saya berharap agar orang ramai serta pemilik farmasi yang lain agar lebih berwaspada bagi mengelak menjadi mangsa kumpulan terbabit.

"Saya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Dungun untuk tindakan lanjut mengenai kegiatan kumpulan terbabit," katanya ketika ditemui di premisnya, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

VIDEO:


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ArDLtK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.