Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tersentuh. Kegigihan Seorang Bapa Menjual Aiskrim Dengan Mengharungi Lautan Demi Mencari Sesuap Nasi.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tersentuh. Kegigihan Seorang Bapa Menjual Aiskrim Dengan Mengharungi Lautan Demi Mencari Sesuap Nasi..


Kegigihan seorang penjual aiskrim yang menjual jualannya di tengah lautan di Lian, Filipina membuatkan ribuan netizen tersentuh dan kagum dengan kesungguhan mencari rezeki sehingga terpaksa melakukan suatu perkara yang luar biasa. 

Isu kemiskinan di Filipina adalah satu perkara lumrah dan seolah-olah tiada penghujungnya.

Ramai rakyat miskin terpaksa melakukan bermacam-macam perkara dalam usaha untuk menyara keluarga masing-masing. Kita sering melihat penjual kanak-kanak menjual makanan di jalanan bagi membantu ibu bapa mereka dalam mencari nafkah. Malah, warga emas turut bekerja keras demi kelangsungan hidup.

Tetapi pernahkah anda melihat seseorang menjual aiskrim di tengah laut?

Kisah dan gambar-gambar yang dimuat naik oleh Abbey An Hernandez di Facebooknya, menceritakan betapa hatinya tersentuh melihat kegigihan lelaki berusia itu menjual aiskrimnya demi mencari sesuap nasi. Ann Hernandez dan keluarganya sedang meluangkan masa bersama dengan bercuti di sebuah pantai. Pada ketika itu, Ann telah menyedari terdapat seorang lelaki tua sedang berenang ke arah kapal mereka sambil membawa sekotak bekas menyimpan aiskrim.


"Apabila saya mula melihat dia mula menjualnya, terus saya membeli aiskrimnya," katanya. 

Perkongsian Abbey itu disukai 36,000 pengguna Facebook dan telah dikongsi semula lebih dari 37,000 kali. 





"Lebih besar maruah diri daripada orang yang merompak. Duit mahu tetapi kerja tak mahu. Harap-harap para peragut, perompak, penyamun, penipu baca kisah lelaki ini." - Marwenddy Enddy

"Semoga Allah mempermudahkan usahanya. Biarpun andai dia bukan Islam, tetapi tetap hambaNya." - Cik Zah Azizah


Subhanallah, ada orang yang lebih susah dari kita. Semoga Allah murahkan rezeki hambaNya." - Jamlos Sanip

Hargai dan bersyukurlah dengan pekerjaan kita lakukan hari ini, yang masih diberi peluang untuk bekerja berbanding mereka yang sukar mencari pekerjaan.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2As0KFj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.