Berdosa Sekiranya Dengan Sengaja Membiarkan Agama Islam Dihina.
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata, haram jika umat Islam secara keseluruhannya tidak bertanggungjawab dan main peranan sehingga Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa jatuh ke tangan orang bukan Islam.
Umat Islam khususnya adalah berdosa sekiranya dengan sengaja membiarkan agama Islam dihina. Umat Islam wajib bersatu-padu mempertahankan tempat suci Islam itu yang sejak dahulu menjadi rebutan.
Pengiktirafan ditetapkan Trump yang memperakui Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel perlu dijadikan iktibar agar umat Islam terus kekal penyatuan ummah.
Beliau turut menyarankan agar umat Islam di negara ini terus memainkan peranan masing-masing bagi mengembalikan Baitulmaqdis dalam pelbagai cara.
Selain itu, kita boleh guna kekuatan ekonomi bagi melumpuhkan mereka, kerana kuasa membeli umat Islam besar dan bilangannya teramai di dunia.
Sekurang-kurangnya kita berdoa kepada ALLAH SWT agar pengiktirafan tersebut dibatalkan atau ditarik balik.
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j4HWVt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment