Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bini Curang Tukar Suami Dengan Cara Yang Kejam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bini Curang Tukar Suami Dengan Cara Yang Kejam


IA merupakan tindakan tidak bertamadun namun seorang wanita yang curang, sanggup membunuh suaminya dengan kejam.

Wanita itu, Swathi, dari Telangana, India, telah merancang membunuh suaminya, Sudhakar Reddy, 32. Rancangan jahat itu dilakukan dengan kekasihnya, Rajesh selepas Sudhakar mengetahui bahawa isterinya itu telah berselingkuh dengan lelaki lain.

Mereka telah memukul Sudhakar dengan benda keras, membawa mayat ke hutan dan membakar mayatnya.

Dua hari selepas itu, Swathi telah mencurahkan asid ke muka dan badan Rajesh, dengan kebenaran lelaki itu, untuk membolehkan Rajesh menyamar sebagai suaminya.


Swathi menyangka apabila badan dan muka Rajesh cedera maka tiada siapa yang akan mengenalinya. Dia menipu polis bahawa `suami’ palsunya itu telah diserang oleh sekumpulan lelaki yang telah memukul anaknya.

Namun kelakuan Rajesh telah mencetuskan curiga di kalangan keluarfa Sudhakar. Ia selepas mereka membawa sup kambing ke hospital ketika melawat lelaki itu.

Sudhakar memang menggemari sup kambing tetapi mereka terkejut kerana lelaki yang menyamar sebagai Sudhakar memberitahu dia vegetarian.

Polis kemudiannya mengambil cap jari lelaki itu dan barulah mereka tahu bahawa dia telah menyamar sebagai Sudhakar.

Swathi dan kekasihnya itu akhirnya ditangkap dan mereka mengaku membunuh Sudhakar.

Kisah ini sama seperti filem Face Off lakonan Nicolas Cage dan John Travolta yang bertukar muka.

Sumber: MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ClmbsJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.