Hi! Welcome Back and Stay Tune! Curi Permainan Dan Pakaian Bayi Bernilai RM250, Ibu Dipenjara, Denda RM1,300 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Curi Permainan Dan Pakaian Bayi Bernilai RM250, Ibu Dipenjara, Denda RM1,300


Seorang ibu dua anak dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,300 oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah kerana mencuri permainan dan pakaian bayi bulan lepas, lapor Bernama.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Bok Jen Nee, 37, mengaku bersalah di atas pertuduhan mencuri beberapa permainan dan pakaian bayi bernilai RM250.95 dari sebuah pasar raya di Petaling Jaya, pada jam 8.15 malam pada 18 November lalu. 


Tertuduh yang bekerja sebagai jurujual barangan elektrik itu dipenjara bermula pada hari ini dan akan dipenjara 45 hari lagi sekiranya gagal membayar denda RM1,300. 

Bok didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda. 

Peguam tertuduh, Muhammad Syazwan Hasan, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda yang minimum atas alasan tertuduh benar-benar insaf dan masih lagi menyusu bayinya. 

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran ke atas tertuduh.

Sumber: The Reporter


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2C7B6pC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.