Snoozeliner – Perkhidmatan Bas Dengan Kabin Tidur Peribadi Akan Memulakan Operasi Di Manchester
Bas dengan kabin tidur bukanlah sesuatu yang baru. Ia amat popular di China bagi penjalanan yang mengambil masa lebih dari sehari. Ia juga baru sahaja diperkenalkan di Amerika Syarikat baru-baru ini. Perkhidmatan bas dengan kabin tidur Snoozeliner akan diperkenalkan di Manchester England tahun hadapan. Ia mensasarkan golongan pekerja yang pulang ke rumah pada waktu malam.
Snoozeliner ialah buah fikiran firma Simba yang menghasilkan tilam. Dengan Snoozeliner, pekerja yang duduk di dalam lingkungan dua jam dari Manchester boleh tidur dalam perjalanan pergi dan pulang ke tempat kerja. Sebanyak 14 kabin disertakan di dalam bas setinggi dua tingkat ini. Setiap kabin mempunyai palam pengecasan USB dan WiFi percuma.
Simba juga akan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan yang tiba pada waktu yang sama pekerja tiba ke rumah. Seorang pramugari yang bekerja di dalam bas akan membangunkan penumpang apabila tiba ke destinasi. Snoozeliner merancang memulakan operasi pada tahun 2018 dengan lapan laluan menjelang penghujung tahun yang sama.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2o0QMst
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment