Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hanya Gula Semata-Mata, Tiada Pun Susu Lembu Dalam Susu Pekat Manis - Dr Jue - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hanya Gula Semata-Mata, Tiada Pun Susu Lembu Dalam Susu Pekat Manis - Dr Jue


Susu pekat manis sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Rasanya enak jika dibancuh bersama-sama milo, tea atau kopi. Tidak cukup dengan hanya membuat air, susu pekat manis ini juga enak digunakan untuk membuat pemanis mulut.

Dari dahulu lagi susu pekat manis ini telah menjadi pilihan. Tetapi rakyat Malaysia telah menggunakan susu pekat manis ini secara berlebihan. Ramai yang sangka susu pekat manis ini memberi kebaikan namun sebaliknya ia adalah gula.

Menurut pakar kesihatan Dr Jue, susu pekat manis ini adalah konspirasi gula semata-mata. Nilai kalori dalam susu ini menyamai kandungan gula di dalam minuman berkarbonat. Ikuti perkongsiannya.


Kita sudah lama tertipu!

Assalamualaikum semua follower Dr Jue. Dr jue ingin berkongsi satu artikel yang di tulis oleh seorang yang pentingkan kesihatan. Dr Jue copy and paste sahaja kerana merasa anda semua patut tahu perkara ini. Dulu masa Dr Jue share perkara ini di profile Dr Jue, ada yang marah!! Tak tahu kenapa mereka marah, banyak Dr Jue kena negative comment. 


Tak apa, Dr Jue nak anda semua baca artikel ini. 

Konspirasi Gula Di dalam Susu Pekat Manis Disangka susu, rupanya Susu Pekat Manis adalah #konspirasigula semata mata! Susu Pekat Manis di proses dengan menambah gula yang bertidak sebagai pengawet untuk memastikan ia tahan lama sehingga bertahun tahun lamanya sekiranya tidak di buka dari tin. Kandungan gula yang tinggi menyebabkan mikroorganisma di dalam susu MATI lalu mengekal tahap sterile susu tersebut.

Susu pekat di buat dari susu yang di sejatkan (agak mahal) dan kebanyakan di pasaran sekarang susu pekat manis ada lah dari susu rong kelapa sawit! Tiada susu lembu dalam susu pekat. Cuba anda tengok tulisan pada kandungan susu pekat yang ada. Kebanyakan di tulis creamer manis!

Kandungan gula di dalam satu tin Susu Pekat Manis boleh mencapai sehingga 45% manakala kandungan susu hanyalah 10%. Masihkah anda ingat kepada satu iklan yang menggunakan Susu Pekat Manis dengan tagline “ Membesar Dengan Susu Cap X ?” siaran Iklan yang di tayangkan pada tahun 90 an itu menunjukkan kanak kanak berebut minum “susu” berkenaan dengan membayangkan suasana yang aktif dan cergas.

Menggunakan tagline "Minuman Yang di Percayai Turun Temurun", bermakna sudah turun temurun kita tertipu! Pada ketika itu (malah kini), ada ibu bapa membancuh Susu Pekat Manis di dalam botol susu dan di beri kepada anak anak sebagai penganti kepada susu tepung.

Seperti mana produk #konspirasigula yang lain, produk Susu Pekat Manis juga di war warkan dengan slogan Rendah Lemak, Mengandungi Vitamin D,Vitamin A, Vitamin B, Lebih Calcium, Extra 25% dan lain lain lagi bagi menarik pengguna.

Adakah Anda Pengguna Tegar Susu Pekat Manis? Fikirkan Semula.. Penggunaan susu pekat manis di Malaysia adalah LUAR BIASA. Susu Pekat Manis di gunakan secara berleluasa sebagai pemanis minuman seperti teh Tarik, air bandung, kopi,minuman perisa coklat dan sebagainya.

Selain itu ia juga sering di gunakan dalam kuih muih, kek, ABC, Cendol dan sebagainya. Kajian membuktikan bahawa penggunaan Susu Pekat Manis didalam MINUMAN merupakan antara penyumbang utama kepada penggunaan gula tambahan berlebihan pada setiap hari.

Data dari 2003 Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS) menunjukkan masyarakat Malaysia mengambil 30 gram ( 3 sudu) SUSU PEKAT MANIS setiap hari bersamaan dengan 16 gram gula.

Tidak cukup dengan itu, bagi menambah rasa manis dalam minuman, rakyat Malaysia juga telah menambah 21 gram (4 sudu) gula menjadikan jumlah pengambilan gula tambahan hanya di dalam minuman sebanyak 37 gram. Mengikut pecahan kaum, MELAYU merupakan pengguna tertinggi gula termasuk susu pekat manis berbanding kaum India dan Cina.

Teh Tarik Sebagai BONEKA #KONSPIRASIGULA? Teh Tarik telah menjadi salah satu ikon bagi minuman di Malaysia. Minuman kegemaran rakyat Malaysia ini tanpa disedari telah menjadi boneka kepada #konspirasigula. 

Menurut pakar diet, Institut Kesihatan Umum, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), Noor Safiza Mohammad Nor Daripada sumbangan kalori, segelas kecil teh tarik (180ml) yang menggunakan empat sudu makan susu pekat manis akan membekalkan sebanyak 140 kilokalori tenaga, protein dan lemak,''.

Tahukah anda, nilai kalori tersebut menyamai kandungan gula di dalam minuman berkarbonat. Mengantikan susu segar sebagai bahan ganti kepada Susu pekat manis mungkin merupakan alternative yang lebih baik bagi menikmati Teh Tarik Kegemaran rakyat Malaysia.

Ingat Susu Pekat Manis, Ingat Diabetes dan Komplikaisnya Secara ringkasnya, pengambilan gula berlebihan telah menyebabkan kegemukan atau obesiti kalangan rakyat Malaysia.

Pada tahun 2015, hampir separuh rakyat Malaysia mengalami maslaah kegemukan dan ini akan mengundang penyakit kronik lain seperti kencing Manis, darah tinggi dan penyakit jantung . Menurut kajian pada 2013 Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan 44 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

Tahukah anda 4% sehingga 7% pesakit kencing manis di Malaysia menderita kaki atau jari yang telah di potong akibat komplikasi kencing manis. Pada sesiapa yang pernah melihat dan menghidu bau dari kaki Diabetic Foot Ulcer pasti akan ingat bau tersebut selama lamanya. Oleh itu, ingat Susu Pekat Manis, Ingats Diabetes dan Komplikasinya.

Mesej dari Public Health Malaysia

Sumber: Dr Jue via Siakapkeli


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2C9iFAL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.