Hi! Welcome Back and Stay Tune! Makin Manis Dan Ayu Ardella Aryana Selepas Bertudung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Makin Manis Dan Ayu Ardella Aryana Selepas Bertudung


Pelakon drama Ardella Aryana dikatakan tekad untuk bertudung pada pertengahan September lalu ketika sedang bercuti secara solo di Bali Indonesia.

Menurut Ardell atau nama penuhnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 27, hasratnya untuk bertudung turut mendapat sokongan keluarga.

"Ketika saya terbang ke Bali tempoh hari pun, saya sudah memakai tudung. Ibu, yang sempat menghantar saya di lapangan terbang, juga mendoakan saya istiqamah dan menjadi insan lebih baik.

"Malah, dia berpesan supaya saya menggunakan masa di pulau percutian itu untuk berfikir semasak-masaknya mengenai hasrat berkenaan dan jangan sesekali berbuat demikian sekadar mengikut saja apa orang lain lakukan," katanya.


Jelasnya, sepanjang percutian tersebut, dalam fikirannya asyik tertumpu pada perkara berkenaan.

"Saya tidak mahu berubah dan memakai tudung hanya kerana mengikut aliran semasa. Saya kena bulatkan keputusan andai benar-benar sudah bersedia. Alhamdulillah, selepas mengerjakan solat hajat bagi menetapkan hati, saya terbuka untuk bertudung," tambahnya.


Tambahnya, sepanjang berada di Bali juga, keputusannya untuk bertudung dirahsiakan buat seketika daripada pengikut beliau di laman sosial.

"Ketika itu, saya banyak muat naik gambar pemandangan saja. Namun kini, keputusan bertudung itu saya kongsi juga akhirnya dengan semua," katanya.


Sebulan selepas pulang daripada percutian, Ardell berkata dia ada dihubungi Awin Nurin, isteri yang juga pengurus Izzue Islam, berhubung pengurusan kerjaya seninya.

"Awin ada menasihatkan supaya saya tidak lemah semangat atau putus asa andai diuji tiada tawaran kerja seni selepas berhijab. Katanya lagi, rezeki itu ada di mana-mana dan dia juga bersedia untuk membantu saya. Kini, sudah lebih dua bulan saya berada di bawah pengurusannya," cerita Ardell.


Ardella berkata keputusan untuk mengubah penampilan memang berserta dengan cabaran dan ujian tersendiri.

"Ada produksi menghubungi saya untuk menawarkan kerja lakonan, tetapi apabila dimaklumkan saya sudah bertudung, peluang itu ditarik balik. Lebih kurang empat produksi drama dan beberapa telefilem yang akhirnya menolak nama saya.

"Begitupun Alhamdulillah, kini ada beberapa produksi lain yang sudi menghulurkan undangan berlakon telefilem, selain menghadiri acara fesyen Muslimah. Insya-Allah, Januari depan ada peluang berlakon drama pula," tambahnya.

Sumber: Siakapkeli


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2o1zICR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.