Ayah Bakar Diri Kerana Anaknya Gagal Masuk Sekolah Terbaik
Sabtu 09 Deisember 2017
BENGALURU - Seorang ayah akan melakukan apa saja untuk menyenangkan dan menempatkan anaknya di tempat yang terbaik. Namun, di Bengaluru, India, seorang ayah sanggup bunuh diri kala gagal memasukkan anaknya ke sekolah unggulan.
Seperti dikutip dari India Today, Ritesh Kumar membakar diri saat mengetahui anaknya yang berumur 7 tahun gagal masuk sekolah unggulan tersebut, walau sudah membayar dengan biaya yang sangat tinggi.
Agar masuk ke sekolah yang diinginkan, Kumar telah membayar wang dengan jumlah besar kepada seseorang yang memiliki sekolah.
Namun usai membayar, Khumar mendapatkan anaknya gagal masuk sekolah tersebut. Usaha Kumar bukannya yang pertama kali, tahun sebelumnya telah dilakukan, namun anaknya gagal juga masuk. Setengah daripada wangnya dikembalikan.
Kerana tidak mau mendengar alasan yang kedua kali, Kumar mendatangi pejabat pemilik sekolah sambil membawa sebotol minyak.
Menurut polis , Kumar menuangkan minyak ke atas dirinya sendiri dan mengancam orang menerima wang bernama Bajaj akan membakar diri bila tidak mengembalikan wangnya.
Kumar mengancam Bajaj dengan menyalakan mancis api. Namun tiba-tiba api menjalar ke tubuh Kumar.
Kontan kejadian membuat panik sekitar dan orang-orang yang mengetahui segera memadamkan api di tubuh Kumar dan membawanya ke rumah sakit Victoria.
Namun akhirnya nyawa Kumar tak dapat diselamatkan dan menghembuskan nafas terakhir.
Bajaj pada saat kejadian tersebut mengaku dia mencuba menolong Kumar.
Atas kejadian itu, polis mendakwa Bajaj telah membuat orang bunuh diri dan melakukan penipuan. Polis juga menyiasat kemungkinan ada korban lain yang ditipu oleh Bajaj.
Selama penyiasatan, polis juga menutup sekolah milik Bajaj.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BXq5I5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment