Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acer Swift 3 Dan Lenovo IdeaPad 720S Yang Dikuasakan Oleh APU AMD Ryzen Mobile Bakal Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acer Swift 3 Dan Lenovo IdeaPad 720S Yang Dikuasakan Oleh APU AMD Ryzen Mobile Bakal Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Beberapa minggu selepas APU (Accelerated Processing Unit) AMD Ryzen untuk komputer desktop diperkenalkan di Malaysia, nampaknya AMD Malaysia bakal mengumumkan APU AMD Ryzen Mobile mereka pula, yang akan dimuatkan didalam peranti laptop pada minggu hadapan.

Tidak banyak butiran yang diberikan mengenai model-model Ryzen Mobile yang akan diperkenalkan oleh AMD, tetapi melalui jemputan yang dihantarkan kepada kami, mereka juga akan memperkenalkan dua laptop yang dikuasakan oleh APU AMD Ryzen Mobile ini di acara tersebut.

Kedua-dua laptop ini termasuklah Acer Swift 3 dan juga Lenovo IdeaPad 720S yang telahpun diumumkan sejak Oktober tahun lalu. Mengikut dek persembahan yang diperlihatkan di acara pengumuman yang lalu, diantara spesifikasi yang diperlihatkan pada kedua-dua laptop ini termasuklah AMD Ryzen 5 2500U dan juga AMD Ryzen 7 2700U, storan SSD sebesar 256GB dan juga memori DDR4 sebanyak 8GB.

Butiran-butiran lanjut seperti spesifikasi yang lebih khusus, tarikh pengeluaran dan harga masih belum diketahui lagi buat masa ini. Kami akan melaporkannya sebaik sahaja pihak AMD Malaysia mengumumkannya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BEqwJC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.