Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zaid: Tiba masa rakyat Kelantan pilih kerajaan Islam lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zaid: Tiba masa rakyat Kelantan pilih kerajaan Islam lain

zaid-ibrahim-malaysiaKUALA LUMPUR: Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim menyeru rakyat Kelantan membebaskan diri mereka daripada PAS, sebagaimana rakyat Perancis dan Rusia menyingkir pemerintah aristokrat masing-masing pada 1789 dan 1917.
Dalam kiriman blognya hari ini, ahli DAP itu berharap pengundi Kelantan mengubah pimpinan negeri pada pilihan raya umum akan datang, tetapi secara aman.

“Saya tidak pasti Umno atau Amanah yang akan memenangi hati mereka, tetapi yang saya lihat, PAS bakal mati. Dan itu memang sepatutnya terjadi.”
“Menggulingkan PAS tidak bermakna rakyat menentang kerajaan Islam, mereka hanya perlukan kerajaan Islam yang berbeza,” tambahnya.

Katanya, selepas 25 tahun diperintah secara Islam, rakyat Kelantan sudah merasi apa yang dimaksudkan apabila diperintah “golongan ulama”.
Sambil menyindir, Zaid berkata, ibu negeri Kota Bharu hari ini bebas daripada dosa, dan tiada kecurian atau aktiviti seksual haram berlaku.

“Peniaga semuanya jujur sesama sendiri dan sesama pengguna kerana tiada penetapan harga dan tiada penipuan dalam kualiti dan harga. Kanak-kanak sekolah tidak terlibat dalam seks haram, mengambil dadah atau minum ketum secara biasa. Lelaki di Kelantan sudah tidak lagi merentasi sungai Golok untuk berseronok seperti di zaman muda saya dan mereka semua menjalani kehidupan bersih dalam bandar Islam.

“Semua pemimpin di Kelantan jujur dan tidak mengambil rasuah atau ‘komisen’. Urusan mereka, termasuk jualan tanah dan konsesi balak, semuanya telus.”
Sambil mengatakan penduduk tempatan sudah merasakan bagaimana diperintah kerajaan Islam, Zaid berkata sudah tiba masa memilih kerajaan baharu, “kerana kerajaan Islam sekarang walaupun hampir sempurna, tidak mampu memberikan mereka pekerjaan. Mereka juga tidak mampu memberikan mereka perumahan, walaupun perumahan yang dijanjikan selepas banjir besar 2014. Kerajaan negeri tidak mampu memastikan bekalan air bersih.”

Apa yang diperlukan rakyat Kelantan adalah kerajaan yang akan membawa masuk pelabur, yang akan membawa kepda lebih banyak peluang pekerjaan.
“Mereka perlukan kerajaan yang akan selesaikan masalah air dan perparitan dihadapi mereka. Mereka perlukan kerajaan yang akan mencari cara bagi mereka memperoleh pendapatan lebih banyak,” katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EwWz0V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.