Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Sabah Mesti Tentukan Nasib Sendiri Pada PRU14 - Jeffrey - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Sabah Mesti Tentukan Nasib Sendiri Pada PRU14 - Jeffrey


TAMBUNAN: Masa sudah tiba bagi rakyat Sabah untuk menentukan nasib mereka sendiri dan tidak terus bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan bagi pihak diri mereka.

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku berkata demikian dalam ucapannya untuk menutup kursus kewartawanan di sini Ahad lalu.

"Sejak selepas Perang Dunia Kedua, kita, rakyat Sabah, telah sentiasa bergantung kepada orang lain untuk menentukan nasib kita dan masa depan kita walaupun kita telah mencapai kerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 di waktu mana kita telah bergabung dengan Malaya, Singapura dan Sarawak untuk membentuk Persekutuan Malaysia,” kata ADUN Bingkor tersebut.

"Perhatikan sahaja apa yang telah terjadi kepada kita dengan keadaan sentiasa bergantung ini," katanya. "Kita telah ditipu, ditendang ke kiri dan ke kanan, dibuli, dan telah dirompak sumber minyak dan gas kita. Budaya kita dan penduduk kita telah direkabentuk semula untuk memihak kepada kaum dan agama tertentu oleh rejim Malaya yang memihak kepada Melayu, yang kini memerintah Sabah seperti negeri-negeri lain di Malaya.

"Malah, hak kita sebagai rakan kongsi dan sebagai Wilayah yang memerintah sendiri di bawah MA63, Laporan IGC, Perlembagaan Persekutuan dan lain-lain telah diabaikan dan dihancurkan oleh satu siri Perdana Menteri Malaya @ Malaysia," katanya.

Beliau menegaskan bahawa sekarang, dua orang pemimpin Malaya, bekas PM dan PM sekarang, berjuang untuk menentukan siapa yang akan dapat menguasai kedua-dua Negara Malaysia Timur, iaitu Sabah dan Sarawak.

"Apakah respon dari kita?" Tanya beliau. "Adakah kita mahu menyebelahi satu daripada mereka atau harus mengambil pendirian bebas bagi kita sendiri? Kita orang Sabah mesti belajar dari sejarah dan dari kesilapan kita dahulu, supaya kita tidak mendapat kutukan akan terus menerima nasib yang sama.

"Janganlah kita dengan senang dipengaruhi oleh retorik politik dan janji-janji kosong. Marilah kita mengikut acuan sendiri untuk membentuk masa depan kita. Dengan berbuat demikian bukan bermakna kita anti-Malaya, tetapi Cuma hanya menekankan kehendak kita sendiri, untuk menyatakan fakta bahawa kita boleh berdiri di atas kaki sendiri dan menentukan apa yang kitamahu untuk kita sendiri di Sabah.

"Ya, kita memang mahukan pemimpin yang baik dan kepimpinan yang berkesan yang boleh menterjemahkan idea dan dasar untuk mewujudkan pekerjaan, perkhidmatan dan kemakmuran untuk rakyat dan untuk Sabah dan Malaysia.

"Tetapi yang sama pentingnya, kepimpinan yang baik ini perlu diterapkan untuk manfaat rakyat Sabah dan bukannya untuk memajukan agenda Malaya seperti yang telah berlaku semasa era Mahathir dan kini sedang berlaku di bawah Umno Najib," kata Jeffrey.

Beliau memberi amaran bahawa rakyat Sabah akan terus dalam perjalanan menuju masa depan yang suram jika mereka tidak merebut peluang ini dalam PRU14.

"Kita amat perlu untuk mempunyai satu kerajaan negara Sabah sendiri yang tidak akan tunduk kepada pemimpin Umno atau Malaya. Kita perlu berusaha untuk menuntut semula hak dan autonomi kita yang telah hilang sebagai negara merdeka di dalam Persekutuan Malaysia," katanya. “Hanya dengan cara itu kita boleh merancang nasib dan masa depan kita sendiri. Bahayanya ialah peluang yang sama ini mungkin tidak akan datang lagi di masa hadapan."

Sumber

✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EIX3Bk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.