Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sekatan minyak sawit EU rumitkan situasi kerajaan menjelang PRU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sekatan minyak sawit EU rumitkan situasi kerajaan menjelang PRU

 | February 16, 2018
Putrajaya mungkin menerima tindak balas hebat daripada pengundi luar bandar pada pilihan raya nanti.
minyak-kelapa-sawitKUALA LUMPUR: Keputusan Kesatuan Eropah (EU) menyekat import minyak sawit memburukkan lagi keadaan buat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya akan datang, apatah lagi dengan pengundi luar bandar yang terkilan dengan skandal kewangan berlaku dalam Felda.

Lebih kurang 10% daripada 30 juta rakyat Malaysia berasal dari keluarga yang memiliki kebun kecil didedikasikan untuk menuai minyak sawit, dan mereka membentuk majoriti pengundi di hampir suku daripada 222 jumlah kerusi Parliman.

Bersiap sedia menghadapi pilihan raya menjelang Ogos, Najib merasai ketidakpuasan hati yang berleluasa di luar bandar apabila ratusan petani ke Kuala Lumpur bulan lepas bagi membantah langkah EU menyekat penggunaan minyak sawit dalam minyak bio.

“Saya tidak akan sokong kerajaan jika mereka tidak selesaikan isu ini,” kata Abdul Rahman, seorang petani yang mengusahakan kebun kecil di Negeri Sembilan.

“Kegagalan kerajaan yang tiada pengalaman membawa kepada boikot EU terhadap minyak sawit kita,” katanya Reuters.
Najib tidak boleh kehilangan undi Melayu luar bandar yang sehingga hari ini menjadi bank undi Umno yang mengetuai gabungan pelbagai etnik sejak Malaysia dibentuk selepas penjajahan British pada 1957.

Pada waktu sama, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berusia 92 tahun dan meletakkan jawatan pada 2003 sebagai perdana menteri paling lama berkhidmat, kini berpakat dengan pemimpin pembangkang yang dipenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan mengetuai kempen menentang Najib, yang dahulu anak didiknya.

Kesetiaan Melayu kepada Umno diuji dengan pelbagai laporan sejak 3 tahun lalu berkenaan 1MDB, yang menurut pengkritik dananya digunakan Najib untuk meningkatkan kempen pada pilihan raya 2013. Najib menang dengan tipis dan tewas dalam undi popular kepada gabungan pembangkang yang diketuai Anwar.

Najib yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB sehinggalah ia dibubarkan pada 2016, berkali-kali menafikan sebarang salah laku dalam kes kehilangan berbilion dolar dana 1MDB, tetapi siasatan kleptokrasi yang sedang dijalankan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ke atas 1MDB di Amerika Syarikat sentiasa membawa kes itu ke depan.

Bagi mengukuhkan kuasa dan melindungi dirinya, penganalisis berkata Najib perlu memimpin Umno ke arah kemenangan yang meyakinkan.

“Rugi AS$500 juta”
Kontroversi 1MDB lebih banyak menjejaskan reputasi Najib dalam kalangan Melayu di bandar, tetapi sejak tahun lalu, Melayu luar bandar sudah mempunyai sebab untuk berasa kecewa.

Seramai 650,000 pekebun kecil di Malaysia yang mengusahakan 40% ekar tanah didedikasikan untuk sawit, bimbang mereka akan menanggung kesan sekatan EU itu, yang mana penganalisis DBS Vickers, William Simadiputra meramalkan bakal memberikan kerugian sebanyak AS$550 juta setahun dalam hasil eksport.

Menteri Pertanian Datuk Seri Mah Siew Keong memberitahu Reuters, kerajaan berusaha memperbesarkan pasaran eksport kepada pembeli sawit lain seperti Iran, Vietnam dan Jepun untuk meningkatkan permintaan.

Tetapi ancaman langkah tindak balas dagangan oleh kerajaan terhadap EU dikecam pengkritik yang mengatakan ia hanya akan membawa lebih banyak kehilangan perniagaan minyak sawit kepada pesaing.

“Mengatakan anda akan menyekat import EU, anda hanya akan memberi lebih banyak peluang perniagaan minyak sawit kepada Indonesia,” kata Wong Chen, seorang wakil rakyat PKR.

Malaysia masih belum menyerah kalah dalam usahanya memujuk EU memikirkan semula keputusan itu, dan bulan lepas meningkatkan bantahannya dengan menerima lawatan menteri pertahanan Perancis. Perancis berharap dapat menjual kepada Malaysia jet pejuang bernilai lebih kurang AS$2 bilion.

“Skandal Felda”
Pekebun kecil mengalami penurunan pendapatan bulanan kepada serendah RM1,000-RM2,000 apabila harga sawit berada di paras rendah, memaksa ramai daripada mereka berhutang.
Apabila dakwaan korupsi Felda timbul tahun lepas, kerajaan dikritik hebat di kebanyakan pekan dan perkampungan kecil di nusa teras Melayu.

Seramai 112,000 peneroka Felda mengambil pinjaman untuk melabur dalam Felda Global Ventures, sebuah unit Felda tersenarai yang mengumpul AS$3 bilion semasa dilancarkan pada 2012 dan sejak itu menyaksikan harga sahamnya turun sebanyak 60%.

Pengerusi FGV terpaksa letak jawatan tahun lepas dan ketua eksekutifnya digantung 4 bulan dalam satu siasatan kerajaan ke atas transaksi meragukan di sebuah anak syarikat. Beliau kemudian menyambung semula peranannya.

Najib mengambil langkah memujuk peneroka Felda pada Julai lalu dengan memberikan wang, subsidi, dan penepian hutang berjumlah hampir RM1.5 bilion.
“Permainan sekarang adalah sentiasa memastikan peladang gembira,” kata Wong Chen.

Tetapi mereka tidak gembira. Kontroversi berkaitan FGV masih belum reda. Pengkritik berkata syarikat itu membeli aset pada harga lebih mahal, terutamanya pembelian 37% saham dalam syarikat minyak sawit Indonesia bernilai AS$505 juta.

Pelbagai persoalan dibangkitkan bulan lepas berkenaan urusan tanah Felda di Kuala Lumpur yang didakwa menjurus kepada jenayah penipuan.
Felda tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komen.
Tetapi dalam skandal urusan tanah terbaru itu, Najib berkata dalam satu kiriman blognya, kerajaan akan “memastikan kepentingan Felda dan peneroka tidak terjejas”.

Bagaimanapun, tahap kesabaran peneroka Felda terhadap kerajaan mungkin sudah melebihi had.
“Isu-isu ini membangkitkan kemarahan dalam kalangan peneroka Felda,” kata Mazlan Aliman, presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
“Mereka berasa kerajaan tidak serius menyelesaikan isu-isu ini, sebaliknya cuba menutupnya.”

“Kesan yang terjadi terlalu besar. Ia akan mempengaruhi perasaan pengundi pada pilihan raya akan datang, terutamanya di kawasan Felda,” kata Mazlan.
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2C4DEZF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.