Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKR pertikai janji RM1.3 bilion Najib kepada Langkawi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKR pertikai janji RM1.3 bilion Najib kepada Langkawi

langkawi
Gambar Youtube
GEORGE TOWN: Pengumuman peruntukan RM1.315 bilion untuk 5 projek baharu di Langkawi, Kedah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengejutkan PKR Kedah.

Pengerusi Azman Ismail mengalu-alukan projek yang memberi manfaat kepada rakyat tetapi janji perdana menteri menimbulkan lebih banyak tanda tanya.
Beliau berkata mengapa baru sekarang Najib terfikir untuk mengangkat kehidupan rakyat dan membawa pembangunan ke pulau itu sedangkan Langkawi sudah bertahun menjadi destinasi pelancongan terkenal.

“Adakah ini salah satu daripada ‘gula-gula’ menjelang pilihan raya umum ke-14? Semakin hampir PRU bermacam-macam peruntukan kerajaan Umno-BN umumkan untuk rakyat.
“Rakyat kena ingat kerajaan Umno-BN hanya pandai memberi kata-kata manis kepada rakyat semata-mata menjelang PRU14 ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman menjawab pengumuman projek-projek oleh Najib baru-baru ini melibatkan pembinaan bangunan baharu untuk Hospital Langkawi bernilai RM500 juta; kuarters baharu untuk petugas kesihatan (RM135 juta); kemudahan bomba dan penyelamat serta kaurters baharu di Padang Matsirat (RM30 juta); naik taraf Jalan Bulatan Lapangan Terbang-Pulapol Langkawi (RM50 juta); dan projek menyelesaikan masalah bekalan air (RM600 juta).

Ahli Parlimen Kuala Kedah itu berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkhidmat sebagai pegawai kesihatan di Langkawi pada 1955 dan oleh itu hubungan istimewa dengan Langkawi dan rakyatnya tidak pernah terputus.

Azman berkata pulau itu membangun, menjadi pulau bebas cukai pada 1987 dan penubuhan Lembaga Pembangunan Langkawi kerana perhatian khusus yang Dr Mahathir berikan.

“Saya suka mengingatkan kepada Najib dan kerajaan Umno-BN supaya jangan cuba untuk memberi harapan palsu kepada rakyat kerana rakyat tidak bodoh lagi. Setiap kali PRU taktik sama digunakan oleh Umno-BN untuk memenangi hati rakyat.

“Saya berharap kerajaan Umno-BN, jangan ulangi janji yang tidak dapat ditunaikan dan dibiarkan sepertimana janji-janji terdahulu termasuk menyelesaikan isu air di Kedah,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BHJhfh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.