Pari Raksasa Dipotong Depan Mata
Para pelancong yang sedang menikmati percutian di Pulau Mabul di Semporna semalam terperanjat besar apabila melihat 15 ekor ikan pari termasuk spesies pari paus yang terancam dipotong di depan mata mereka.
Difahamkan, spesies marin itu disenaraikan antara hidupan terdedah kepada kepupusan dalam Kesatuan Antarabangsa Bagi Konservasi Alam Semula Jadi (IUCN).
Meskipun kejadian itu dianggap tidak patut oleh sesetengah pihak, rata-rata pelancong yang kebanyakannya penyelam tidak henti-henti mengambil gambar nelayan yang memotong sirip dan bahagian ikan tersebut.
Gambar-gambar yang dibidik mereka kemudian diviralkan di laman sosial termasuk aplikasi Whatsapp sejak semalam. Difahamkan ikan tersebut ditangkap nelayan tempatan sebelum dibawa ke darat untuk dimasak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EKWqqP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment