Dulu Kata Anwar & Nik Aziz Sudah Tua Jadi Pemimpin, Sekarang Dia Sendiri Apa Jadi?
Pada usia 93 tahun, Dr. Mahathir Mohamad masih dicalonkan untuk jawatan Perdana Menteri oleh Pakatan Harapan (PH).
Walaupun PH berdegar-degar mahu memberikan peluang kepada golongan muda untuk menerajui negara, namun akhirnya orang yang berusia 93 tahun juga dipilih.
Namun kesediaannya Mahathir untuk bertanding semula pada PRU ini telah mencetuskan kecaman ramai, kerana suatu masa lalu, Mahathir pernah mengecam pemimpin pembangkang yang sudah tua tetapi masih bercita-cita untuk bertanding dalam PRU.
Antaranya ialah Anwar Ibrahim. Mahathir pernah mengecam Anwar kerana masih mahu menjadi Perdana Menteri walaupun pada masa itu usia Anwar adalah 70-an.
“Saya rasa dia sudah terlalu tua,” kata Mahathir kepada The Australian dalam satu wawancara pada 2016. Ketika itu Anwar berusia 74 tahun.
Dalam wawancara itu, Mahathir turut menyatakan: “Apabila saya berumur dalam 70-an, saya buat pengumuman bahawa saya tidak lagi boleh jadi PM pada usia 80, jadi saya nyatakan bahawa saya akan letak jawatan dan saya lakukannya sebelum saya berumur 80 tahun,” katanya.
Ternyata apa yang diperkatakan oleh Mahathir terhadap dirinya sendiri jauh berbeza dengan apa yang berlaku ketika ini.
Selain Anwar, Mahathir juga pernah menyindir bekas Menteri Besar Kelantan, merangkap Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Saya ini umur 87 (tahun) dah tua dah. Kalau tengok pun nampak tua. Berapa kali jatuh tadi,” katanya menggambarkan dirinya yang sudah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri ketika berusia 78 tahun pada tahun 2003.
“Ini (Nik Aziz) dah umur 82 (tahun) nak berdiri pun tak boleh, masih nak bertanding (PRU) lagi. Sampai bila-bila,” sindirnya kepada Nik Aziz.
Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Februari 2015 di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
Sekarang apa yang dikatakannya itu telah kembali kepada dirinya malah Mahathir kini semakin giat berkempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam usia 93 tahun, ramai yang menasihatkan Mahathir supaya berehat dan bersara dari dunia politik.
Jika dulu alasan yang diberikan oleh Mahathir untuk bersara sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun adalah kerana mahu meluangkan masa dengan cucunya, maka eloklah beliau berbuat demikian.
Tidak perlulah bersusah payah untuk berkempen ke sana sini,kecuali jika beliau mempunyai agenda peribadi untuk menggulingkan Najib.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HDtO0s
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment