Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya kenal Chong Wei, itu bukan dia: Roslin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya kenal Chong Wei, itu bukan dia: Roslin

Roslin
Roslin
(Ubah saiz teks)
"BILA saya tengok video tu, saya tergelak," demikian ungkapan bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim apabila diminta mengulas mengenai isu penyebaran video lucah membabitkan Datuk Lee Chong Wei yang hangat diperkatakan sekarang ini.

Roslin menyifatkan pertuduhan tersebut tidak berasas memandangkan beliau lebih mengenali peribadi Chong Wei yang sebenarnya.
"Saya mengaku, saya menonton video itu selepas dikongsi rakan-rakan di aplikasi Whatsapp. Tapi apa boleh saya katakan, saya kenal siapa Chong Wei yang sebenarnya.

"Sebelum tengok video itu lagi saya dah tahu itu bukan Chong Wei dan bila dah tengok, kita boleh nampak bentuk badan dia memang bukan Chong Wei.
"Memang 100 peratus bukan dia dan ramai orang yang menonton pun mengatakan benda yang sama," katanya.

Mengulas lanjut, Roslin berharap siasatan tersebut dapat dilakukan dengan telus bagi memastikan nama baik pemain nombor dua dunia itu dapat dibersihkan kembali.

"Saya tak pasti ini untuk jatuhkan nama Chong Wei atau satu bentuk promosi untuk filem baharunya nanti, tapi saya berharap pihak berkuasa perlu menyiasat secara menyeluruh bagi membersihkan kembali nama baiknya," katanya lagi.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HhWa0d

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.