Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRU14: Calon jual rupa? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRU14: Calon jual rupa?

PRU14: Calon jual rupa?
Dyana Sofea (kiri) dan Dira pada sesi FB Live Sinar Harian, semalam.
(Ubah saiz teks)
PARAS rupa bukan keutamaan untuk tarik undi, sebaliknya pelengkap kepada individu untuk dipilih sebagai pemimpin.
Ahli Majlis Eksekutif Pemuda DAP, Dyana Sofea Mohd Daud berkata, apa yang boleh ditawarkan kepada rakyat, prestasi kerja adalah keutamaan berbanding faktor-faktor lain.

"Apakah polisi yang diperjuangkan? Apa idea yang dibawa? Adakah dia mudah didekati, sombong atau? Ini semua rakyat akan nilai.
"Mungkin rupa kurang cantik, tapi orang suka dia sebab apa yang dia tawar, jadi rupa itu membawa sedikit faktor, tetapi penampilan diri lebih penting daripada rupa fizikal," katanya ketika bersiaran langsung di Facebook Live Sinar Harian, semalam.

Mengambil contoh ketampanan dimiliki Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, Dyana Sofea berkata, pada awalnya pemimpin itu menjadi popular bukan kerana rupa paras semata-mata tetapi berkait rapat dengan polisi ditawarkan.  

"Trudeau bagaikan pelakon Hollywood. Pada awalnya memang popular dengan rupa parasnya dan disokong rakyat kerana polisi diamalkan dalam negaranya, tetapi selepas sedikit perubahan dibuat, popularitinya menurun.
"Polisi ini saya rasa amat penting dalam kerja politik termasuk juga dalam apa-apa bidang sekalipun," katanya.

Dyana Sofea berkata, aspek penampilan juga penting kepada seorang pemimpin, namun asas keutamaan adalah adakah calon itu boleh bekerja.

Sementara itu, Exco Puteri Umno, Dira Abu Zahar pula berpandangan, rupa adalah salah satu bentuk keyakinan kepada persepsi awal masyarakat untuk dilihat siapa wakil dipilih.
"Tapi pada masa sama juga adalah kredibiliti untuk buat kerja, untuk mempersembahkan diri dari segi kerjanya," katanya.

Menurutnya, isu paras rupa bukan hanya dibincangkan pada masa kini, bahkan sejak zaman Nabi Yusuf lagi.
"Nabi Yusuf dikagumi kerana paras rupa begitu menarik, maka diberi kepercayaan sebagai pemimpin, tidak terkecuali juga tokoh-tokoh agama terkemuka yang raut wajahnya baik, diangkat sebagai pemimpin tertinggi," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BFPSqF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.