Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahathir ‘Kurang Yakin’ Manifesto Pakatan Harapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahathir ‘Kurang Yakin’ Manifesto Pakatan Harapan




RAGU… Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan yang beliau ‘kurang yakin’ dengan kemampuan Pakatan Harapan untuk melaksanakan segala manifesto pilihan rayanya.

“Kita sudah membuat 60 janji-janji dan kita harap kita akan dapat laksanakan walaupun mungkin tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat,” katanya.

Katanya yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dengan kemampuan kewangan yang ada, tidak mungkin Pakatan Harapan boleh menampung janji-janji yang keterlaluan.

Oleh sebab itu Pakatan Harapan akan membuat janji setakat yang mampu ia tunaikan sahaja, kata pengerusi Pakatan Harapan itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya, hari ini.

Beliau yang sudah berusia 92 tahun itu berkata manifesto Pakatan Harapan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Mahathir berkata, kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana manifesto daripada pemimpin mereka yang melontarkan cadangan atas kapasiti peribadi.

“Kita sedar bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto, ramai daripada pemimpin Pakatan Harapan yang telah membuat kenyataan tertentu, tetapi kita (Pakatan Harapan) tidak terikat dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat itu,” kata beliau.

Dalam pada itu, Mahathir berkata Pakatan Harapan akan membuat rayuan kepada mahkamah Khamis ini berikutan tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang masih tidak memberi respons terhadap permohonan mereka untuk menjadi komponen parti pembangkang.

Dilapor, Pakatan Harapan telah menghantar permohonan sejak pertengahan tahun lepas dan mahu isu itu diselesaikan untuk bertanding pada pilihan raya raya umum ke-14 nanti. – BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CDqC12

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.