Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bunuh bayi 46 hari, bapa berdepan hukuman mati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bunuh bayi 46 hari, bapa berdepan hukuman mati

Muhamad Firdaus Saidon didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas tuduhan membunuh bayi perempuannya, 21 Februari 2018. — Foto oleh Sayuti ZainudinMuhamad Firdaus Saidon didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas tuduhan membunuh bayi perempuannya, 21 Februari 2018. — Foto oleh Sayuti ZainudinBUKIT MERTAJAM, 21 Feb — Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi perempuannya yang berusia 46 hari, minggu lepas.

Muhamad Firdaus Saidon, 22 yang bekerja sebagai pemandu lori hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Anas Mahadzir.

Lelaki itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian anaknya Nurul Ain Umairah di No 893, Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah di sini pada 10.45 pagi, 15 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 19 April ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Hamzah Azhan manakala tertuduh tidak diwakili.

Media sebelum ini melaporkan seorang bayi perempuan berusia 46 hari meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, dipercayai akibat didera .

Berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayatnya, bayi itu meninggal dunia akibat pendarahan di luar otak selain terdapat banyak kesan lebam, luka dan calar di badan. — Bernama



Sumber Bunuh bayi 46 hari, bapa berdepan hukuman mati

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CctnL1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.