Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada ijazah? Tiada masalah, kata majikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada ijazah? Tiada masalah, kata majikan

pekerja_offce_baru3
PETALING JAYA: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menolak tanggapan seseorang perlukan ijazah untuk kehidupan yang lebih baik atau mencari pekerjaan.

Kenyataan itu menyusuli laporan tentang Abdul Raman Jaafar, 44, seorang pemilik 10 perniagaan tekstil dan aksesori walaupun beliau hanya lepasan Darjah 6.

Bercakap kepada FMT, Pengarah Eksekutif Datuk Shamsuddin Bardan berkata terdapat banyak kes majikan berjaya yang tidak melanjutkan pendidikan tinggi.
Atas sebab itu, Shamsuddin menyimpulkan sijil kelayakan bukan pertama paling penting untuk berjaya dalam hidup atau mengambil pekerja berpotensi.

“Memiliki sijil kelayakan bukan satu kemestian kecuali untuk jawatan-jawatan profesional seperti perakaunan, undang-undang, perubatan dan sebagainya.
“Namun kebiasaannya, kalau bukan kerjaya berlesen, pengalaman masih isu paling kritikal bagi majikan apabila mengambil pekerja,” katanya.

Beliau berkata majikan di sektor swasta hari ini lebih cenderung memilih calon yang cerdik berbanding mereka yang boleh menunjukkan mereka sudah melanjutkan pelajaran.
“Kalau kamu cerdik, kamu ada peluang termasuk melanjutkan kerjaya ke luar negara.

“Sebaliknya, mereka yang kurang cerdik mungkin tidak mampu pergi jauh kecuali di syarikat tempat mereka berkhidmat.”
Shamsuddin tidak bersetuju apabila ditanya tentang paradoks seseorang perlu bekerja terlebih dahulu untuk menimba pengalaman.
“Ada banyak projek kerja bebas yang anda boleh cuba. Orang ramai perlu belajar bagaimana untuk berfikir di luar kotak jika mahu menimba pengalaman,” katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CqDlnS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.