Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Gangguan Ke Atas Operasi KWSP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Gangguan Ke Atas Operasi KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesahkan bahawa kejadian kebakaran di cawangan Petaling Jaya adalah terkawal dan tiada sebarang kecederaan. Kerosakan adalah terhad kepada bahagian luaran bangunan serta beberapa kenderaan yang diletakkan di sebelah bangunan.

Laporan awal mengesahkan bahawa kebakaran telah bermula di tingkat satu bangunan lebih kurang 11.50 pagi dan berjaya dipadamkan dalam masa 30 minit berikutan tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat. KWSP akan menjalankan siasatan menyeluruh dan akan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengenalpasti punca kejadian.

Semua sistem KWSP tidak terjejas dan operasi berjalan seperti biasa. Cawangan KWSP Petaling Jaya akan ditutup buat sementara waktu dan ahli boleh melakukan transaksi di mana-mana cawangan lain atau melalui i-Akaun.

KWSP memberi jaminan kepada ahli bahawa maklumat mereka berada dalam keadaan selamat kerana data server berada di lokasi yang selamat disokong oleh proses backup dan pemulihan bertaraf dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000.

Dikeluarkan oleh
 
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
 
Tarikh: 13 Februari 2018

 

 



✍ Sumber Pautan : ☕ KWSP: Terkini di KWSP

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BE1dHM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.