Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Main belakang': KJ kalah rayuan pada saman fitnah Anwar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Main belakang': KJ kalah rayuan pada saman fitnah Anwar

Malaysiakini 19/2/18

Mahkamah Rayuan menolak rayuan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang diperintah membayar ganti rugi RM150,000 dan kos RM60,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnahnya.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan bantahan awal difailkan peguam Anwar, Sivarasa Rasiah dan J Leela, terhadap notis usul pada 9 Oktober tahun lalu.

Sivarasa memberitahu Malaysiakini bahawa beliau membantah notis rayuan yang difailkan bagi pihak ketua Pemuda Umno oleh tetuan Shafee and Co kerana ia “tidak jelas dan cacat”.

Leela juga memberitahu Malaysiakini pada November bahawa beliau menerima arahan untuk mengetepikan notis itu.
Sivarasa berkata peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sepatutnya memfailkan dua notis berasingan kerana melibatkan dua keputusan Mahkamah Tinggi yang berbeza.

“Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes A Santamil Selvi vs Deepak Jaikishian, yang Shafee bertindak bagi pihak Deepak, dua notis rayuan berasingan sepatutnya difailkan,” kata Sivarasa yang juga anggota parlimen Subang.

Hakim Azizul Azmi Adnan pada 29 September tahun lalu mendapati Khairy bersalah memfitnah Anwar dengan kenyataan “main belakang” pada 2008



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oa1URy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.