Hi! Welcome Back and Stay Tune! BANTAL LEYNA TIDUR PUN LENA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BANTAL LEYNA TIDUR PUN LENA

BANTAL LEYNA TIDUR PUN LENA. Tidur tanpa bantal umpama tidur tapi tak ada nikmatnya la kecuali tidur sambil duduk. jarang nak jumpa orang tidur tanpa bantal kecuali dalam keadaan yang terdesak. Tapi kalau kat rumah atau mana2 tempat penginapan ni.. Memang orang tidur berbantal.


Jangan pandang remeh pada fungsi bantal ok.. Silap bantal tidur tak lena.. leher boleh sakit.. kepala boleh sakit juga ok. Jadi peranan bantal ni pun penting untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Apa ingat produk skincare je ke perlu berkualiti, tidur pun kena ada kualiti walau tak payah daftar dengan KKM hehehehe.

Tidur yang berkualiti ni penting bagi mendapat kesihatan yang lebih baik. Jiwanya yang tenang & bahagia serta meningkatkan kecergasan fizikal dan minda. Takde la rasa lemau & letih je sepanjang hari. Untuk mendapat tidur berkualiti ni sekurang kurangnya memerlukan 7 - 9 jam sehari. Tapi kita mak mak ni susah lahai nak tidur lebih dari 7 jam. Kadang2 kurang dari 7 jam.

Kalau anak tak merengek.. kita tak selesa tidur. Maybe sebab bantal kita guna tu juga buat lena kita terganggu. Sekejab sekejab bangun bentulkan posisi bantal.. Manalah nak dapat tidur yang cukup kan. Jadi kat situ peranan bantal ni sangat penting ok untuk tidur yang lena & berkualiti..

Kalau korang nak cari bantal yang berkualiti & selesa.. Ada satu bantal ni brand Leyna. Leyna dengan lena tu bunyi pun nak sama kan. gamaknya guna bantal Leyna ni tidur pun lena la kot kan.

Satgi ada pula dok kata, bantal je kot. Tak payah membongak sangat la. Jangan cakap macam tu Jemah Jelmaan Ooi.. Tiada istilah bantal je kot. Walau namanya bantal tapi ada keistimewaan & tahap kualitinya tersendiri. Sebab tu harga pun berbeza ok! Antara keistimewaan bantal Leyna ni..


 Hygeine ➛ Penting tau Hygeine ni sebab bantal juga boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat, ruam bagai berlaku kalau tak bersih Jadi Bantal Leyna ni dia di pack dalam plastik yang siap seal lagi untuk menjaga kualiti & kebersihannya.

 Zip ➛ Sebab dia ber Zip jadi boleh di laras ikut keselesaan sendiri. Nak tinggi atau nak normal suka hati kau la Jemah. Maksudnya kalau korang rasa nak kurangkan tinggi bantal tu boleh keluarkan isi dalam bantal. Ada orang suka bantal yang padat ada orang suka bantal yang lembik sikit kan. Zip dia pulak di jahit secara tersembunyi so tak nampak zip tu. Tak mencacatkan permandangan pada bantal.  So bantal lyna ni memudahkan korang untuk laras sendiri ketebalan bantal tu.

 Corak ➛ Corak bantal pun main peranan untuk merangsang mood nak tidur ok. Sarung bantal Leyna ni memang corak dia nampak Eklusif & kain dia jenis cotton so memang sejuk jer bila letak kepala. Jenis material sarung bantal pun penting. Almaklum la malaysia ni kan panas.

 Piping ➛  Jahitan piping ni membuatkan bantal ni nampak lebih kemas, eklusif & berkualiti. Jadi tak nampak serabut & mencacatkan permandangan bantal ni. Baru nampak macam bantal orang 'have have' katanya. kekekeke.

 Senang Di Cuci ➛ Senang nak di basuh. Boleh basuh terus dengan polyster kat dalam. Boleh basuh guna washing machine. Nak keringkan pun senang, guna dryer pun boleh. Jangan risau lepas kering bantal dia akan kembali empuk tak penyek. So takde masalah bau ke, hama ke.



Bantal dari Leyna Flenaz Collection ni adalah bantal baru terus dari kilang yer bukan preloved atau second hand punya bantal. Kualiti bantal ni adalah dari fabrik cotton & di isi dengan polyester yang bermutu tinggi & terbaik. Memang di jamin 100% kualiti bantal ni terbaik.

Polyester yang di gunakan pun lembut & gebu. Allahu.. kalau letak kepala atas tu rasa macam tidur atas kek span kekdahnya. Lembut lahai rasa macam ada orang dok belai belai kepala. Kekekeke. Sebab dia lembut so dia akan mengikut testur bentuk kepala & bahu. Tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang menyebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal dan tekstur dalaman menjadi lembik. Ringan dan mudah dibawa kemana-mana. Apa ingat tak ada orang yang jenis bawa bantal sendiri ke kalau travel. Spesis yang hanya lena bau bantal sendiri memang la dia akan usung bantal dia kemana mana. So bantal bersize & berat yang flesibel pun penting untuk golongan macam ni.

Paling penting ada tag/label jenama LEYNA (Flenaz Collection) untuk memastikan ia original. Sangat penting originaliti sesuatu produk tu. Kalau yang tiruan kualiti confirm la tak sama. Corak bantal dia pun nampak mewah sebab ia di tempah khas dari kilang. Corak ni main peranan jugak ok sebab orang zaman sekarang ni orang hidup semua konsep bagai termasuk menghias bilik. Pemilihan corak sarung bantal pun main peranan penting untuk konsep yang pilih. Yang jenis suka nampak elegant & ekslusif rasanya corak sarung bantal Lyena ni memenuhi citarasa anda la. Tapi kalau yang jenis feeling cute sampai tua.. Suka hello kitty memang la dia tak suka. kekekeke

Sekarang ni kalau korang nak beli memang sedang elok sangat la sebab dorang tengah baik hati dok promosi dengan harga murah sampai rasa nak tidur tak nak bangun bangun lagi.

 Harga Promosi sekarang  RM150 (SM) / RM190 (SS)  untuk  4 BIJI BANTAL LEYNA 
(Harga tidak termasuk Postage)
Saiz bantal : 19x19 Inci
berat : 1kg

Harga loose RM39 (Sebiji bantal) & Sabah sarawak RM49 (harga tidak termasuk postage). Tapi better beli harga set promosi sekarang 4 bantal RM150 (sm) / RM190 (ss) tu sebab lebih jimat kan. COD hanya di buat sekitar seremban & senawang.

Kalau ada yang nak tambah pendapatan dengan jadi agent atau buat dropship pun boleh. Berminat boleh hubungi :

 Ⓕ FacebookLyna Nigina 
 ☏☒ Whatsapp/call019 6829373 (Lyna) 


✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FRkGUM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.