Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesta Wau Langkawi Dijangka Jadi Aktiviti Tahunan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesta Wau Langkawi Dijangka Jadi Aktiviti Tahunan

LANGKAWI- Pesta Wau Terbuka Langkawi yang diadakan untuk kali ke-10 di Kampung Padang Lalang di sini yang berlangsung selama dua hari sejak Jumaat lepas dijangka mampu diangkat untuk menjadi satu lagi produk tarikan pelancong di pulau peranginan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) wajar meletakkan pesta tahunan ini dalam kalendar pelancongannya berikutan penyertaan yang amat menggalakkan setiap tahun sejak 2008.

“Pesta Wau ini kalau dilihat sambutannya begitu hangat daripada penduduk dan pelancong, pasti pihak LADA akan memasukkan Pesta Wau Langkawi pada tahun 2019 sebagai satu lagi produk pelancongan,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, selain menjadi satu platform bagi penduduk dari semua kampung di Langkawi untuk berinteraksi dan terus menghidupkan aktiviti tradisional mereka, pesta ini turut memberi peluang kepada pelancong untuk mencuba kemahiran mereka bermain wau dan menghayati keunikan budaya hidup komuniti Langkawi.

“Ramai pelancong yang singgah dan (menyatakan mereka) tertarik dengan cara permainan wau kita di Langkawi yang begitu unik,” kata Mohd Rawi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Hangat.– BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2G317w7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.