Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ronaldo berasal daripada galaksi yang lain - Zidane - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ronaldo berasal daripada galaksi yang lain - Zidane

MADRID: Selepas menjaringkan empat gol dan membantu satu jaringan, pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane menggelar penyerang utama pasukannya, Cristiano Ronaldo berasal daripada ‘galaksi yang lain’.

Dalam kemenangan 6-3 ke atas Girona di Stadium Santiago Bernabeu, gelaran itu diberikan kepada Ronaldo yang turut mencatatkan jaringan hat-trick ke-50 dalam kariernya.

Walaupun persembahan Ronaldo pada permulaan musim tidak memberangsangkan tetapi kini, beliau telah menjaringkan 17 gol dalam lapan perlawanan terakhir.

“Beliau berasal daripada galaksi yang lain. Itu adalah sesuatu yang benar.

“Apabila beliau dalam keadaan baik, pasukan juga akan dapat beraksi pada tahap terbaik. Ronaldo mampu melonjakkan satu tenaga kepada pasukan.

“Matlamat pasukan kini ialah menduduki tempat kedua hingga ke akhir musim. Bagi Ronaldo, beliau memerlukan tiga gol lagi bagi menyamai jumlah jaringan Lionel Messi dalam kedudukan Pichichi (penjaring terbanyak La Liga) dan saya harap beliau mampu mengatasi Messi,” kata Zidane kepada Real Mardrid TV ketika sidang media selepas perlawanan itu.

Zidane turut memuji sikap Ronaldo yang sentiasa berlatih dengan memberi fokus 100 peratus dan mempunyai cita-cita yang tinggi.

Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Zidane bangga dengan kemenangan tersebut tetapi kecewa tiga gol bolos melalui set-pieces.



Sumber Ronaldo berasal daripada galaksi yang lain - Zidane

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GJfT8T

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.