Hi! Welcome Back and Stay Tune! Salah sukar dikekang seperti Messi, kata pengurus Watford - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Salah sukar dikekang seperti Messi, kata pengurus Watford

JAVI Gracia terpaksa menelan kepahitan sambil membandingkan Mohamed Salah dengan bintang Barcelona, Lionel Messi, selepas skuad kendaliannya, Watford, diratah Liverpool, semalam. 

Salah meneruskan aksi cemerlangnya sepanjang musim ini dengan mencetak empat gol ketika pasukan asuhan Jurgen Klopp itu merakamkan kejayaan 5-0 di Anfield, yang turut menyaksikan pemain antarabangsa Mesir itu mengumpul 36 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Empat tahun lalu, skuad kendalian Gracia, Osasuna, dibelasah Barca 7-0 di Camp Nou dengan Messi melakar hatrik.

Sehubungan itu, pengurus Sepanyol itu membandingkan Salah dengan bintang Argentina berkenaan. 

"Berapa banyak pun anda rancangkannya, tidak penting. Tidak kira betapa gigihnya anda mengusahakannya, pemain seperti itu boleh mengubah keputusan dalam sekelip mata," katanya.

"Saya masih ingat kekalahan 7-0 kepada Barca, anda tidak perlu mengingatkan saya! Tetapi, saya juga masih ingat bahawa pada musim seterusnya, saya bertandang ke sana dan menang!

"Mereka adalah pemain yang luar biasa -- mereka berdua tidak dapat dikekang. Secara jujur, kedua-duanya hebat dan ketika ini Salah berada dalam prestasi yang sangat baik, salah seorang yang terbaik di Eropah.

"Adalah sangat sukar untuk berdepan mereka memandangkan mereka mampu menjaringkan gol. Kedua-duanya serupa, mereka memiliki kualiti tinggi, mereka boleh melakukannya dalam tempoh sesaat.

"Anda boleh melakukan segala-galanya untuk bertahan tetapi dalam sekelip mata, anda boleh tumpas.

"Anda boleh merancang untuk menyekatnya, anda perlu cuba dan kami melakukannya (ketika berdepan Messi) dengan Malaga, begitupun pemain sentiasa merupakan elemen paling penting dalam permainan. Pemain seperti Messi dan Salah, mereka membuat keputusan dan merekalah memutuskan permainan. Itulah yang berlaku dengan Salah.

"Adalah sukar bagi kami untuk mengekang pemain seperti Salah, apatah lagi pasukan seperti Liverpool. Kadang-kadang anda tidak boleh berbuat apa-apa lagi. 

"Tetapi bukan hanya Salah semata-mata, ketika ini keseluruhan pasukan Liverpool adalah salah sebuah pasukan terbaik di Eropah, mereka mempunyai tahap yang tinggi, lebih tinggi daripada Barcelona ​​tetapi kedua-dua sebaris dengan yang terbaik di Eropah."
 



Sumber Salah sukar dikekang seperti Messi, kata pengurus Watford

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HKpw6w

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.