Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kini hampir 86 peratus isi rumah akses internet - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kini hampir 86 peratus isi rumah akses internet

Peratusan individu yang menggunakan komputer juga meningkat kepada 69.8 peratus pada 2017 daripada 68.7 peratus pada 2015. ― Foto AFPPeratusan individu yang menggunakan komputer juga meningkat kepada 69.8 peratus pada 2017 daripada 68.7 peratus pada 2015. ― Foto AFPKUALA LUMPUR, 19 Mac –  Isi rumah yang mempunyai akses ke Internet telah meningkat sebanyak 15.6 mata peratusan kepada 85.7 peratus pada 2017 berbanding 70.1 peratus pada 2015.

Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini, berkata isi rumah yang mempunyai komputer dan telefon mudah alih menokok, masing-masing kepada 74.1 peratus dan 98.1 peratus berbanding 67.6 peratus dan 97.9 peratus pada 2015.

Ketua Perangkaan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata individu yang menggunakan Internet pada usia 15 tahun dan ke atas di Malaysia telah bertambah sebanyak sembilan mata peratusan kepada 80.1 peratus pada 2017 berbanding 71.1 peratus pada 2015.

“Antara  aktiviti-aktiviti Internet yang paling digemari pengguna membabitkan penyertaan ke dalam rangkaian sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya (86.3 peratus); muat  turun imej, filem, video atau muzik; bermain atau muat turun aplikasi permainan (81.2 peratus); mendapatkan maklumat tentang barangan atau perkhidmatan (80.4 peratus); serta muat  turun perisian dan aplikasi (74.5 peratus).

“Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan oleh pengguna Internet termasuk perbankan Internet (37.6 peratus), dan pembelian atau pesanan barangan serta  perkhidmatan (23.2 peratus),” katanya.

Peratusan individu yang menggunakan komputer juga meningkat kepada 69.8 peratus pada 2017 daripada 68.7 peratus pada 2015, manakala peratusan individu yang memakai telefon pintar bertambah sebanyak 0.2 mata peratus pada 2017 kepada 97.7 peratus daripada 97.5 peratus pada 2015. -- Bernama



Sumber Kini hampir 86 peratus isi rumah akses internet

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FTDHWp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.