Facebook Menguji Program Menyokong Penghasil Kandungan Seakan Patreon
Laman media sosial nombor satu di dunia ialah Facebook dengan lebih dua bilion pengguna aktif bulanan. Bermula sebagai laman perkenalan di rakan-rakan kolej ia kemudian berubah menjadi laman niaga dan kini mula agresif untuk menjadi platform kandungan video. Hari ini mereka mengumumkan sedang menguji program menyokong penghasil kandungan seakan Patreon.
Peminat boleh menyumbang wang secara bulanan kepada penghasilan kandungan kegemaran menerusi sistem yang masih di dalam fasa ujian ini. Sebagai tanda penghargaan, peminat-peminat tegar ini akan menerima lencana khas pada nama mereka serta menerima akses kepada kandungan eksklusif.
Penghasil kandungan juga boleh menghasilkan portfolio hasil kerja mereka bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak jenama tertentu bagi menghasilkan kandungan berbayar atau ditaja. Pihak pengiklanan juga boleh menggunakan portfolio ini untuk mencari penghasil kandungan yang paling cocok dengan jenama mereka.
Ujian sedang dilakukan secara kecil-kecilan bagi melihat keberkesanannya. Jika berjaya di masa hadapan adalah lebih mudah menjadi pendapatan menerusi Facebook akan menjadi semudah di YouTube. Kerjaya sebagai seorang Vlogger dan Influencer di Facebook mungkin boleh menghasilkan pendapatan yang tetap.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ptsUvo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment