Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zulin Aziz Pernah Didera Pembantu Rumah Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zulin Aziz Pernah Didera Pembantu Rumah Sendiri

zulin aziz dedah pernah jadi mangsa dera pembantu rumah 1

Kredit foto: Instagram Zulin Aziz

Penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz bermurah hati untuk mendedahkan kisah pahit yang pernah dilaluinya sewaktu kecil.

Semuanya bermula apabila Zulin membaca berita tentang seorang amah yang menjadi mangsa dera majikan.

Susulan itu, menerusi laman Twitter, artis versatil ini menceritakan sejarah bagaimana dia pernah melalui pengalaman didera oleh pembantu rumah sendiri sewaktu zaman kanak-kanaknya.

Antara bentuk penderaan yang didedahkan  termasuk kepala dihentak ke dinding serta dipukul menggunakan penyapu.

Begitupun, kata Zulin, keluarganya tidak mengambil tindakan yang amat berat kerana sudahnya hanya mengusir pembantu rumah berkenaan dari rumah.

zulin aziz dedah pernah jadi mangsa dera pembantu rumah 2

Kredit foto: Instagram Zulin Aziz

"Kejamnya majikan dera amah ni... macam firaun. Besar sangat ke salah dia sampai macam tu kau pukul. Manalah hati dia ketika itu.

"Dulu masa kecil aku mangsa dera. Didera amah sampai satu hari jiran sebelah rumah mengadu kepada arwah bapa.

"Bayangkan kepala aku dihantuk-hantuk ke dinding, kena pukul pakai penyapu, tidur dalam bilik air... aku masih ingat lagi. Tapi arwah abah cuma halau dia keluar dari rumah," tulisnya di kiriman Twitter, dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Zulin, apa yang mengecewakan apabila aduannya tentang sikap amah berkenaan tidak dipercayai oleh kedua orang tuanya.

Ini berikutan sikap pembantu wanita itu yang umpama talam dua muka bila berdepan dengan orang lain dan keluarganya.

Namun, Zulin bernasib baik kerana mempunyai jiran yang amat prihatin yang juga menjadi saksi bagaimana dia didera teruk oleh wanita tidak bertanggungjawab itu.

zulin aziz dedah pernah jadi mangsa dera pembantu rumah 3

Kredit foto: Twitter Zulin Aziz

"Aku mengadu seorang pun tak percaya sebab bibik bukan main baik depan mereka. Jiran aku selalu nampak dan dengar aku kena 'bantai'. Terima kasih jiran, walaupun wajah kau tak aku ingat tapi aku nak terima kasih sangat.

"Bila ingat balik Ya Allah, takutnya keadaan aku ketika itu. Mak ayah sibuk kerja, sering ke luar kawasan. Ish, tak mahu ingatlah. Tutup cerita," tulisnya lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GaFABx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.