Hi! Welcome Back and Stay Tune! Elyana Gugurkan Kandungan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Elyana Gugurkan Kandungan

elyana gugurkan kandungan

Kredit foto: Instagram Elyana

Kerana masalah kesihatan, penyanyi Elyana terpaksa mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungannya yang baru menjengah usia dua bulan pada 7 Mac lalu. 

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31, dalam penjelasannya kepada portal Mstar Online mengatakan tindakan itu diambil kerana dia kini sedang mengambil pelbagai jenis ubat.

“Sebenarnya 10 hari lalu saya terpaksa menggugurkan kandungan yang sudah berusia dua bulan. Keputusan tersebut terpaksa dilakukan atas sebab keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan.

“Tambahan pula sekarang saya perlu makan ubat yang banyak,” jelas penyanyi yang menghidap kanser limfoma tahap empat itu sewaktu ditemui di Jelajah Suria FM di IOI City Mall, di Putrajaya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Elyana akui bersedih dengan tindakan yang terpaksa diambil kerana keinginannya memiliki anak yang ramai, malah pernah mengalami keguguran kerana hamil luar rahim pada awal 2016.

Namun dalam masa sama, pelantun Rela ini juga khuatir sekiranya kesihatan bayi yang dilahirkan akan terjejas angkara ubat-ubatan yang diambil.

“Saya memang nak sangat anak sebab suka ada anak yang ramai. Sebelum ini pun saya pernah cuba dapatkan anak angkat tapi rezeki tak ada.

“Tiba-tiba dapat tahu hamil tapi terpaksa gugurkan. Saya sangat sedih sebab memang nak sangat anak. Sebelum ini pernah gugur tapi disebabkan hamil luar rahim.

“Kalau kanser saya ini masih peringkat awal mungkin saya boleh kuat tapi peringkat sekarang takut nanti bayi lahir tidak cukup sihat," katanya.

Sebelum membuat keputusan terbabit, Elyana juga mendapatkan pandangan ustaz berkaitan perbuatannya menurut persepsi Islam. 

“Saya ada tanya pendapat ustaz juga mengenai perkara ini dan dia beritahu jika dah memudaratkan kesihatan, memang perlu lakukan proses gugurkan,” katanya.

Terdahulu, Elyana meruntun emosi ramai apabila mengumumkan kanser tahap empat yang dihidapinya sewaktu tersingkir di program realiti Gegar Vaganza musim keempat.

Beliau yang mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Hussin, 42, disahkan menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FX0Iru

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.