Sayu, Lelaki derita penyakit kulit kritikal
(Ubah saiz teks)
SEREMBAN - “Kalau selalu minta tolong pun, lama-kelamaan akan menjadi kebencian orang. Sekarang ini saya hanya berserah kepada-Nya dan hanya mohon doa orang ramai untuk kesembuhan anak saya.
Demikian luah Mastura Osman, 54, ibu kepada Mohd Hanif Fadhli Mohd Sofian, 30, yang kini menderita menghidap penyakit kulit plaque chronic psoriasis tahap kritikal sejak dua tahun lalu.
Seluruh anggota badan Mohd Hanif Fadhli bukan sahaja kemerahan, tetapi kulitnya bersisik tebal dan akan mengelupas walaupun setelah disapu dengan ubat yang memerlukan Mastura sentiasa membersihkan tempat tidurnya.
Anak sulung dari empat beradik itu kini hanya bergantung dengan ubat steroid, namun kesannya menyebabkan Mohd Hanif sukar untuk bergerak kerana bandannya menjadi lemah.
“Dia menghidap penyakit ini ketika berusia belasan tahun lagi. Tapi sejak dua tahun lalu, keadaannya semakin teruk dan membimbangkan.
“Doktor beritahu yang keadaannya tidak boleh pulih. Dia kini hanya bergantung dengan ubat steroid, tapi kesannya, anak saya kini sukar untuk bergerak kerana badannya menjadi lemah.
“Kulitnya juga jadi panas dan gatal. Apabila digaru, akan berdarah menyebabkan dia kini hanya terbaring di rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Enstek di sini.
Apa yang menyedihkan Mastura kerana Mohd Hanif Fadhli kerap kali memberitahu yang dia berharap nyawanya diambil segera kerana tidak tertanggung lagi dengan derita dialami.
Kata Mastura, anaknya itu sangat tertekan lebih-lebih lagi selepas perkahwinan yang dibina dua tahun lalu berakhir dan kini terpaksa pula menyusahkan keluarga.
“Sekarang ini hidup saya, Hanif dan dua lagi anak saya yang masih belajar terpaksa bergantung dengan anak kedua saya yang bekerja sebagai pembantu jualan di syarikat perumahan.
“Saya tak boleh nak tinggalkan Hanif kerana dia perlukan saya. Itu pun kadang-kadang saya cuba cari duit dengan bantu kawan berniaga gerai makan,” katanya.
Ada yang menyarankan Mastura membawa Mohd Hanif Fadhli mendapatkan rawatan di luar negara, namun terpaksa dilupakan kerana memikirkan kos yang perlu ditanggung.
Dia bersyukur kerana ada insan prihatin yang sudi membantu menawarkan rawatan alternatif, namun masih belum diizinkan oleh-Nya untuk sembuh.
“Ramai yang datang membantu bila pertama kali kisah anak saya dilaporkan Sinar Harian tahun lalu dan kami sangat-sangat menghargainya.
“Kalaulah kesakitan yang dialami itu boleh diganti, mana-mana ibu pun akan sanggup berkorban nyawa. Tapi saya dah habis ikhtiar dan hanya mohon doa orang ramai untuk kesembuhan anak saya," katanya yang juga menerima bantuan bulanan RM280 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan RM200 daripada Baitulmal.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pcfft6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment