Kip, Zulfahmi Gagal Dapatkan Mata Pada GP Qatar
KUALA LUMPUR – Dua pelumba Moto2 Malaysia, Khairul Idham Pawi dan Zulfahmi Khairuddin, gagal mengutip sebarang mata pada perlumbaan pembukaan Kejohanan Motosikal Dunia, Grand Prix Qatar di Litar Losail pada Ahad.
Kelas Moto2 dimenangi oleh pelumba Itali, Francesco Bagnaia daripada SKY Racing Team VR46, yang juga Pelumba Muda Terbaik 2017, dengan catatan masa 40 minit 19.802 saat.
Sementara rakan senegara, Lorenzo Baldassarri daripada Pons HP40 hanya ketinggalan 0.112s untuk berada di tempat kedua dan pelumba Sepanyol Alex Marquez daripada EG 0,0 Marc VDS di tempat ketiga.
Pelumba Idemitsu Honda Team Asia, Khairul Idham yang juga dikenali sebagai KIP, menamatkan perlumbaan di tempat ke-23 dan 42.562s di belakang Bagnaia sementara pelumba baharu Moto2 Malaysia, Zulfahmi mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke-28 dan ketinggalan 1:11.618s.- BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FW7i1A
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment